Friday, September 1, 2017

Perlantikan Raja Baharin Sebagai Pengerusi PH Terengganu Dipertikai






Pengerusi NGO DESAK Terengganu, Othman Ismail mendedahkan terdapat pertikaian Pengerusi Amanah negeri Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad sebagai pengerusi Pakatan Harapan (PH) negeri.

Dedahnya terdapat empat nama yang dicalonkan untuk menjawat jawatan itu, Eng Chai Hing (Pengerusi DAP negeri), Datuk Razali Idris (Pengerusi PPBM negeri), Azan Ismail (Pengerusi PKR negeri) dan Raja Kamarul Baharin (Pengerusi Amanah negeri).

Namun, Chai Hing menarik diri daripada dicalonkan yang menyebabkan berlaku persaingan terbuka antara calon PPBM, Amanah dan PKR untuk merebut jawatan itu.

“Daripada 3 calon lain tu, hanya Raja Baharin berjaya mendapat sokongn padu 100% daripada kesemua 8 ketua Amanah kawasan/bahagian walaupun beliau (Raja Baharin) sendiri tidak ketuai mana-mana kawasan.

“Sementara Dato Razali hanya disokong oleh 4 ketua bahagian PPBM sahaja termasuk bahagian yang dketuainya sendiri iaitu Bahagian Kuala Nerus.

“Begitu juga dengan Azan juga hanya mendapat sokongn daripada 3 ketua cabang PKR sahaja termasuk cabangnya sendiri iaitu Kuala Terengganu. Sementelah lagi cabang Besut dan Setiu dibatalkan pendaftarannya oleh ROS,”kenyataan Othman Ismail@RCML yang menjadi viral di media sosial dipetik.

Dedahnya, Azan tidak disokong sepenuhnya oleh cabang PKR kerana beliau menunjukkan sikap anti-kartel yang merujuk kepada kumpulan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Mesyuarat terakhir untuk membentuk Sekretariat PH Terengganu pada awal Ogos gagal mencapai kata sepakat sama ada memilih pengerusi asal iaitu Raja Baharin atau Azan Ismail.

“Setiap parti diwakili masing-masing oleh 4 orang dalam perjumpaan itu. Sementara Amanah dan DAP solid sokong Raja Baharin, PKR pula solid maukan Azan. PPBM terbahagi dua iaitu seri dalam mnyokong antara kedua-dua calon tersebut.

“Dengan keadaan ini, gambaran jelas kelihatan Raja Baharin lebih mendapat sokongn majoriti ahli-ahli mesyuarat. Jadi sepatutnya tidak timbul isu perlu dibawa kepada Majlis Presiden PH untuk membuat perlantikan. Apatah lagi Majlis Presiden telah pun turunkan kuasa perlantikan sebelum ini kepada PH negeri-negeri,”katanya.

Setiausaha PPBM Terengganu, Hambali Abdul Latiff menyelar kenyataan Othman Ismail@RCML itu yang disifatkannya mewakili pandangan Amanah negeri.

“Kalau dah bijak dan berani sangat …

“Pemimpin PAN Terengganu patut buat kenyataan terbuka mengenai PH..Bukan berselindung di belakang RCML?

“Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah, Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang kononnya Pengerusi PH Terengganu ada mane?,” cabar Hambali dalam Facebook.

Hambali berkata beliau dan Pengerusi PPBM negeri, Razali Idris menafikan mereka menolak keputusan Majlis Presiden PH yang memutuskan tiada kerjasama dengan PAS pada PRU 14.

“Kenapa kaitkan saya atau Razali dengan PAS? Jangan kaitkan perbalahan PAN dan AMANAH dengan kami dari PPBM!

“Di sinilah wujud syak wasangka saya bahawa beliau (Othman Ismail@RCML) yang kini anggota PAN menulis bagi pihak kumpulan tertentu dalam PAN,” bidasnya.

Hambali turut menuduh penulis upahan Amanah itu sebagai ‘orang gila’ yang mahu merosakkan hubungan PH.

“Tuduhan bahawa PPBM tidak solid adalah perbuatan jahat dan sengaja dilakukan oleh orang ini yang mewakili segelintir pemimpin PAN untuk merosakkan hubungan baik dalam PH.

“Untuk makluman, Razali meminta beliau tidak dicalonkan untuk memberi jalan kepada dua pemimpin – Raja Bahrin dan Azan.

“Tidak timbul Razali mahu menjadi Pengerusi PH.

“Menghairankan KENAPA dan MENGAPA pemimpin PAN seperti Raja Bahrin terus ‘memberi ruang’ dan peluang untuk beliau memfitnah kami, pemimpin kami Razali dan Azan yang dilihat menjadi saingan kepada Raja Bahrin,”bidasnya lagi.



No comments: