Seperti yang dijelaskan sebelum ini, PKR berbincang dengan PAS kerana masih tidak ada keputusan dalam soal pendaftaran Pakatan Harapan.
Semua persetujuan dalam piagam Pakatan Harapan yang ditandatangani sebelum ini adalah berpaksikan kepada pendaftaran Pakatan Harapan.
Tidak ada pendaftaran bermaksud piagam itu belum terpakai.
Sekalipun keputusan terakhir Pakatan Harapan ialah untuk menutup terus perbincangan dengan PAS, perkara itu masih lagi belum muktamad kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum Pakatan Harapan dan PKR masih belum memberikan kata putus beliau.
Pakatan Harapan sudah dua kali membuat keputusan yang sama sebelum ini, tapi kerana Anwar masih mahu perbincangan antara PKR dengan PAS diteruskan maka keputusan itu tidaklah terpakai kepada parti berkenaan.
Diperingkat DAP, Amanah dan PPBM perkara ini sudah boleh dilaksanakan tapi PKR masih lagi tertakluk kepada arahan ketua umum parti tersebut, Anwar.
No comments:
Post a Comment