SHAH ALAM: Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dijadual membuat satu pengumuman penting pada petang ini.
Perkara itu akan diumumkan pada sidang media di ibu pejabat Umno di Menara Dato 'Onn, Kuala Lumpur pada pukul 4.45 petang.
Memetik laporan The Star Online, kesemua ahli Majlis Tertinggi Umno
menerima jemputan malam tadi dari setiausaha agung parti untuk
menghadiri persidangan media itu.
Bagaimanapun, portal itu yang memetik sumber menafikan bahawa Perdana Menteri akan mengumumkan pembubaran Parlimen.
Pemimpin Umno juga mengambil pendekatan mengunci mulut bersabit agenda petang ini.
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang dalam
lawatan kerja di Kangar, Perlis, pagi ini juga akan menghadiri sidang
media petang ini.
No comments:
Post a Comment