Saturday, September 16, 2017

Mangsa terselamat ditempatkan di lokasi rahsia

SELANGOR KINI

pusat tahfiz terbakar


KUALA LUMPUR : Semua mangsa yang terselamat dari tragedi kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, di sini, ditempatkan di satu lokasi rahsia.

Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Iftifaqiyyah, Muhammad Zahid Mahmod, berkata mangsa tidak dibenarkan pulang ke rumah masing-masing sebaliknya mereka diberi arahan untuk tinggal di satu lokasi rahsia buat sementara waktu, lapor BH ONLINE.

Katanya, langkah itu bagi melindungi mangsa diganggu dan didekati pihak tertentu.

Namun, ketika ditanya media di mana lokasi itu dan berapa jumlah mangsa terselamat, beliau hanya menjawab “ia rahsia”.

IMG_8523

“Saya telah diberi arahan daripada Ketua Polis Negara dan pihak autoriti lain supaya tidak mengulas lanjut berhubung insiden kebakaran ini,” katanya ketika ditemui di perkarangan Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Muhammad Zahid turut menafikan bahawa ada pihak yang memusuhi pihaknya sehingga menjadi ancaman kepada pusat tahfiz berkenaan.

Katanya, sepanjang 16 tahun pusat tahfiz itu dibuka, tidak pernah sekali pun berlaku insiden yang pelik.

“Tragedi kebakaran ini sesuatu yang berlaku tiba-tiba dan mengejutkan. Saya tak boleh ulas lanjut,” katanya.

SUMBER: BH ONLINE

No comments: