Saturday, September 2, 2017

Lim: DAP tak sasar kerusi 'majoriti Cina' di Johor


Pemimpin Parlimen DAP, Lim Kit Siang menafikan dakwaan bahawa partinya memainkan sentimen perkauman dengan menyatakan minat untuk bertanding di salah satu daripada tiga kerusi parlimen di bandaraya Johor Baharu - Johor Baharu, Pasir Gudang dan Tebrau.

Lim, semalam dibidas oleh Ketua PKR Tebrau, Steven Choong, yang mendakwa DAP tidak melakukan kerja di kawasan itu, dan mempersoalkan jika semua kerusi majoriti Cina mesti diserahkan kepada DAP atas alasan ia adalah "parti majoriti Cina."

PKR bertanding menentang BN di ketiga-tiga kerusi berkenaan pada pilihan raya 2013 tetapi tewas semuanya.

Dalam satu kenyataan, Lim berkata, jawapannya adalah tidak.

“Tidak (berhubung dakwaan) DAP mesti diberikan semua kerusi pengundi majoriti Cina kerana ia adalah parti Cina.

“Tidak berhubung dakwaan bahawa DAP adalah parti Cina.

“Dan tidak (berhubung dakwaan) semua tiga kerusi parlimen di Johor Baharu itu adalah majoriti Cina," kata Lim.



Beliau menyertakan peratusan kaum di ketiga-tiga kerusi berkenaan pada pilihan raya umum ke-13, yang memperlihatkan bahawa pengundi Melayu adalah majoriti di ketiga-tiga kawasan itu (Johor Baharu 51 peratus, Tebrau dan Pasir Gudang, masing-masing 47 peratus).

Lim berkata, adalah sesuatu yang mudah difahami jika tuduhan sedemikian dilemaprkan oleh Umno dan BN, tetapi tidak sepatutnya datang dari parti-parti yang menjadi sekutu Pakatan Harapan.

No comments: