KEMBALINYA Tan Sri Muhammad Taib ke dalam Umno,
bukan satu yang baharu. Gegak gempita seluruh negara mencanang pelbagai
reaksi sebelum berlakunya sidang media khas Perdana Menteri semalam.
Ada yang menyatakan mungkin Parlimen dibubar walau Datuk Seri Najib Razak belumpun bertemu Yang diPertuan Agong, ada juga yang menyatakan Najib akan umum mesyuarat agung Umno ditunda dan sebagainya.
Akhirnya Najib jadi anti climaks, hanya satu pengumuman bahawa bekas orang kuat Umno yang pernah menyertai PAS dan PKR akhirnya kembali ke pangkuan Umno.
Necaya, inilah strategi Najib ketika ini di mana beliau dan pasukan strateginya akan mengalih tumpuan rakyat kepada isu-isu sebegini dan memperlihatkan bahawa Umno kembali diintai bekas bekas pemimpinnya yang dalam erti kata lain kononnya insaf dan faham hanya Umno sahaja parti pembela bangsa dan negara.
Inilah strategi Najib tatkala mengalih isu isu yang sarat antaranya isu pelaburan KWSP dan Khazanah Nasional ke Amerika Syarikat, malah Najib sebenarnya bimbang andai isu sebegini terus menghantuinya untuk berdepan pilihan raya.
Umum mengetahui bahawa penggunaan dana KWSP ini menyebabkan rakyat khasnya golongan bekerja yang menjadi pencarum berang.
Kebimbangan mereka adalah kepada soal pengurusan pelaburan itu nanti, apakah akan jadi lagi pelaburan seperti dalam kes 1MDB yang menjadi liabiliti akhirnya.
Inilah yang mahu disenyapkan oleh Najib dan membuat "test market" semalam dengan membuat pengumuman bahawa Mat Taib sudah kembali kepada Umno.
Tidak hairan mengapa Mat Taib kembali kepada Umno, malah bukan suatu yang mengejutkan. Selepas gagal menjadi tumpuan dalam PAS beliau menyertai PKR bersama Datuk Kamaruddin Jaffar pasca pemilihan dalam PAS 2015.
Kemudian dalam PKR beliau tidak pun menonjol, malah tidak pun menjadi kesan kepada PAS tatkala beliau meninggalkan parti Islam ini.
Tidak mustahil langkah Mat Taib bekas MB Selangor ini akan juga dituruti beberapa bekas pemimpin Umno yang kini bersama pembangkang khasnya dalam Bersatu.
Malah tidak pun mustahil andai Tun Dr Mahathir Mohammad pula diumum kembali menyertai Umno kerana seperti sedia maklum, Mahathir telah berkhidmat dengan baik untuk mengucarkacirkan pembangkang dalam masa yang sama apa yang telah dilakukan hari ini berjaya memberi kredit kepada Umno untuk bertahan pada PRU 14.
Nyata sekali ini hanya mengulangi skrip lama. Akhirnya rakyat tertipu dengan mainan Umno, dalam masa yang sama segala isu kos sara hidup, tekanan ekonomi, harga minyak naik, 1MDB dan sebagainya hanya menjadi kisah sejarah apabila Mahathir kembali ke pangkuan Umno suatu ketika nanti.– HARAKAHDAILY

No comments:
Post a Comment