Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mahu kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak sewajarnya menimbangkan semula pelaburan dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) semata-mata untuk tujuan mengukuhkan ekonomi Amerika Syarikat (AS).
Setiausaha Agung J Solomon berkata, kesatuan sekerja itu memandang berast langkah kerajaan Malaysia memberi komitmen untuk melabur AS$4bilion dari dana KWSP.
Komitmen itu kenyataan itu llagi tidak mengambarkan pendekatan positif di pihak kerajaan apabila ia mempertaruhkan dana pekerja untuk mengukuhkan ekonomi kuasa besar terutamanya apabila terdapat keperluan untuk mengukuh ekonomi negara sendiri.
"Dalam iklim ekonomi global kita tidak menolak atau mempertikaikan kerajaan memasuki pakatan perdagangan antarabangsa, tetapi sebelum bertindak begitu, kerajaan tidak boleh mengabaikan keutamaannya terhadap rakyatnyan sendiri terutama kebajikan pekerja dan menguruskan wang yang dimiliki oleh pekerja.
"KWSP milik pekerja dan ia harus dilaburkan untuk meningkatkan kebajikan pekerja agar tidak melabur dalam pasaran ekuiti AS untuk membantu infrastruktur dan pembangunan semula AS," ujarnya.
Solomon turut mendedahkan sebelum ini pada 2016 MTUC ujarnya pernah mengemukakan cadangan kepada perdana menteri agar KWSP membayar dividen lebih bai bagi tahun tersebut iaitu dengan membayar kekurangan dividen sebanyak 0.7% KWSP.
"Sayangnya, kami belum menerima respon kepada permintaan ini tetapi difahamkan dariapda akhbar dan media sosial megnenai pelaburan wang pekerja Malaysia untuk mengukuhkan ekonomi AS," ujarnya.
No comments:
Post a Comment