MELAKA
– Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyarankan Jabatan Agama
Islam seluruh negara menubuhkan jawatankuasa khas bagi memantau Indeks
Syariah negeri masing-masing agar penilaian prestasi pentadbiran negara
daripada perspektif Maqasid Syariah lebih mudah difahami.
Ketua
Pengarahnya, Tan Sri Othman Mustapha berkata, penubuhan jawatankuasa
khas itu juga mampu membantu dalam meluaskan perlaksanaan Indeks Syariah
Malaysia yang mencakupi pelbagai aspek yang lengkap untuk dijadikan
panduan dan amalan sebagai sebuah negara Islam.
“Indeks
Syariah Malaysia ini merupakan pendekatan ikhlas untuk menilai setiap
perkara yang dilakukan dalam kehidupan seharian meliputi aspek ekonomi,
kesihatan, pengangkutan, pendidikan dan sebagainya.
Dengan
tertubuhnya jawatankuasa khas di setiap negeri, kita percaya ianya mampu
memberi penjelasan yang lebih dekat kepada seluruh masyarakat di negeri
itu bahawa Indeks Syariah Malaysia ini tidak hanya memfokuskan soal
nikah kahwin dan perwarisan harta sahaja,” katanya.
Beliau
berkata demikian kepada pemberita selepas program Wacana Eksekutif
Indeks Syariah Malaysia peringkat negeri yang dirasmikan Setiausaha
Kerajaan Negeri Melaka Datuk Seri Naim Abu Bakar di Ayer Keroh di sini
hari ini.
Othman
berkata, fasa pertama Indeks Syariah Malaysia dua tahun lepas ialah
memberi pemahaman kepada masyarakat mengenai Maqasid Syariah manakala
fasa kedua yang bermula tahun ini merupakan fasa pembudayaan atau
pelaksanaan konsep Indeks Syariah ke dalam dasar sedia ada.
Indeks
Syariah Malaysia yang diperkenal sejak 2015 adalah satu kaedah
pengukuran yang saintifik dan menyeluruh bagi mengukur kedudukan
kerajaan dalam menjalankan pentadbiran negara berdasarkan lima prinsip
asas Maqasid Syariah iaitu pemeliharaan agama, nyawa, akal, keturunan
dan harta.
Dalam pada
itu Naim berkata Kerajaan Negeri Melaka menerusi Jabatan Agama Islam
Melaka (JAIM) bakal merangka satu jawatankuasa bagi memantau Indeks
Syariah Malaysia ini dalam masa terdekat.
“Jawatankuasa
ini bakal dilaksana segera bagi memperluas Indeks Syariah Malaysia
selari dengan saranan kerajaan bagi memastikan Malaysia menjadi sebuah
negara contoh kepada negara-negara Islam di luar dari sudut perkembangan
syariah,” katanya.- Bernama
No comments:
Post a Comment