Mohammad Arif Nizam
BANGI – Semuanya tercetus ketika beliau mengerjakan
umrah tahun lalu. Ketika itu di Tanah Suci Mekah, wanita berusia 55
tahun ini melihat ramai muslimah dari seluruh dunia memakai telekung.
Lantas beliau menyimpan impian untuk menghasilkan
telekung sendiri. Sebaik sahaja kembali ke tanah air, Azilah
Akashah menghasilkan sendiri rekaan telekung dengan fabrik kain kapas
yang diimport dari India.
Berani mengambil risiko melabur RM300,000, Azilah tampil
dengan dua jenis telekung iaitu khusus untuk dipakai muslimah yang
mengerjakan umrah dan untuk solat.
Dan hari ini Azilah merupakan pengasas Telekung Qasha yang terletak di Bangi Sentral di sini.
Majlis pelancaran Butik Qasha itu disempurnakan oleh Ustazah Norhafizah Musa, semalam.
“Sebenarnya bukan senang hendak sampai pada tahap ini.
Enam kali saya gagal dalam perniagaan namun ia pernah mematahkan
semangat untuk bangkit mengusahakan perniagaan telekung pula.
“Saya mahu bangkit dan berusaha
untuk memastikan dunia perniagaan telekung mampu direalisasikan,”
katanya anak kelahiran Perak ini.
Azilah turut memberitahu, nama Qasha
dipilih sempena nama allahyarham ayahnya, Akashah Abdul Samad dengan
tagline Biar Hati Berbicara.
Mengulas lanjut, beliau mengakui koleksi
Telekung Qasha kembali kepada warna asal telekung apabila menggunakan
warna putih keseluruhan.
“Putih adalah warna yang suci dan bersih. Jadi apabila kita menghadap Tuhan, putih lebih mendekatkan kita kepada Allah swt.
“Jadi Telekung Qasha menggunakan warna putih
termasuk di corak di kaki telekung,” jelas Azilah yang pernah
berkecimpung dalam bidang hartanah.
Azilah berkata, telekung yang dihasilkannya itu
bermotifkan bunga reflesia dengan sulaman tebuk dijahit pada kaki
telekung dan kaki kain telekung yang mampu mengimbau kenangan buat
golongan kaum ibu dan warga emas.
Bagaimanapun beliau yakin Telekung Qasha turut menjadi pilihan generasi muda.
Sementara itu, Telekung Qasha memberikan diskaun 15 peratus kepada pelanggan yang berkunjung ke butiknya pada hujung minggu ini.
Ia dijual bermula dengan harga RM170 bagi sepasang telekung.
Telekung Qasha didatangkan dengan dua jenis
iaitu standard dan premier menggunakan label nama anak-anak Azilah iaitu
Telekung Tasha, Telekung Dalifa dan Telekung Zulaikha. –
MalaysiaGazette
No comments:
Post a Comment