Saturday, September 2, 2017

GAH Desak Azmin Usir PAS Daripada Kerajaan Selangor Dalam Masa 14 Hari

 





Kumpulan aktivis Gerakan Aktivis Harapan (GAH) menuntut Datuk Seri Azmin Ali mengusir PAS daripada kerajaan negeri Selangor dalam tempoh 14 hari jika benar Menteri Besar itu komited untuk memutuskan hubungan dengan parti Islam dan memperkasakan kekuatan Pakatan Harapan (PH).

Bagaimanapun, Jurucakap GAH, Zanirun Baba berkata kenyataan terbaharu Azmin yang akur dengan keputusan PH dilihat sebagai sikap mengalah Timbalan Presiden PKR apabila berdepan dengan tuntutan mengadakan kongres khas seperti mana yang diusulkan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.
KENYATAAN MEDIA

Merujuk kepada kenyataan bahawa Azmin Ali akur dengan keputusan Pakatan Harapan (PH) untuk menolak sebarang perbincangan dengan PAS dan janjinya akan memperkukuhkan jentera PRU menghadapi 3 penjuru PRU14.
Kurang teruja
GAH menyambut baik sekiranya kenyataan itu benar-benar wujud daripada Azmin namun masih terlalu awal untuk GAH teruja dengan kenyataan tersebut.
GAH melihat kenyataan tersebut sekadar melepas batuk ditangga dan sekadar menampakan keikhlasan yang amat lemah daripadanya. Alasannya:
1. Susulan sikap biro poltiknya yang tidak konsisten menolak perbincangan dengan PAS, maka memaksa ahli akar umbi mencadangkan PKR mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) atau Kongress Khas. Ini akan menyebabkan:
(a) Azmin menghadapi tekanan dikalangan ahli PKR sendiri yang sedang bergerak menuntut EGM tersebut diadakan;
(b) Azmin tidak mampu membawa hujah mudah menjawab sikap PAS ketika ini semasa kongres khas itu; dan
(c) Kredibiliti dan popularitinya akan rosak sepenuhnya (total damage) sekiranya kongress tidak memihaknya.
Sepatutnya Azmin harus berdepan dengan ahli di EGM tersebut, kerana dia sering mengungkit tentang keputusan parti.
2. Dalam kenyataan yang sama juga Azmin masih mengungkap untuk berkerjasama sehingga menjelang PRU14 “Namun, saya masih boleh bercakap dengan sesiapa pun (perbincangan muafakat) ke arah itu,” katanya di petik daripada portal SelangorKini.
3. Sebagaimana yang difahamkan oleh Sdr. Rafizi Ramli, Azmin adalah individu yang memporak-perandakan keputusan-keputusan partinya sendiri dengan mengubah keputusan biro politik yang asal. Termasuklah peranannya dalam siri Pilihanraya Umum Negeri Sarawak dan Pilihanraya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Tuntutan
Oleh itu, GAH masih berpendirian bahawa kelompok Azmin atau Kartel adalah parasit yang membawa barah kepada PH jika tidak berhati-hati. Kelicikan tindak tanduknya harus dihadam secara tersirat.
Jika benar Azmin mahu meletakan komitmen terbarunya untuk memacu kekuatan PH, membentuk jentera PRU yang kukuh dan akur dengan PH untuk menolak PAS. Maka GAH mencabar Azmin untuk menzahirkan tindakannya melampaui kata-kata sahaja iaitu Azmin harus segera:
1. Bentuk Sekretariat PH di Selangor dan menolak dominiasi parti di dalam mana-mana posisi serta mengimbangikan kesamarataan parti komponen PH di dalam sekretariat;
2. Mengusir PAS daripada kerajaan Selangor dalam masa 14 hari;
3. Maklumkan kepada Kartelnya untuk menolak lantikan poltik dalam kerajaan Kelantan; dan
4. Menerima inklusif penyokong PH dalam keputusan dasar politiknya.
Tanpa sebarang tindakan daripada Azmin, kenyataannya hanyalah auta dan sandiwara sahaja yang tidak bersandarkan kepada kesungguhan dan realiti. Maka adalah berhak untuk semua pihak menperlecehkannya dan menolaknya dalam PRU nanti.
“SELAMAT HARI MERDEKA”
Kami Jurucakap GAH,
Zanirun Baba
Othman Ismail
Annuar Ismail
Mohd Saad Ismail
Lee Thian Soo
Dr Maniam

No comments: