Tindakan bekas Gabenor Bank Negara, Zeti Akhbar mendedahkan bahawa Bank Negara Malaysia kerugian sebanyak RM 32,074 billion dalam skandal Forex antara 1989-1994 yang dikaitkan dengan Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Mahathir yang juga Perdana Menteri pada waktu itu, adalah sangat mengejutkan.
Untuk apa perkara yang sudah lama berlaku itu dibangkitkan semula, soal seorang Exco AMK yang ditemui blog ini. Adakah semata-mata mahu menjawab soalan panel RCI yang ditubuhkan untuk menyiasat skandal tersebut?
Hampir 13 tahun Zeti jadi Gabenor Bank Negara, kenapa perkara ini tidak pernah keluar dari mulutnya?
Begitupun, kenyataan Zeti ini tidak memberikan kesan kerana RM 32 billion ini tidaklah sebanyak mana, walaupun nilai pada waktu itu.
Kehilangan wang yang ‘besar’ inipun tidak memberikan kesan kepada rakyat kerana rekod menunjukkan KDNK negara berkembang pada kadar 8% dalam tempoh berkenaan.
Tun Mahathir jelasnya tidak boleh dipersalahkan kerana beliau hanyalah Perdana Menteri, bukan Menteri Kewangan. Tentang persoalan bagaimana seorang Perdana Menteri boleh membenarkan kerugian yang sebegitu besar ditanggung Bank Negara, Exco AMK berkenaan enggan mengulas lanjut kerana tidak mahu menjejaskan siasatan.
Jelasnya, kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim esok akan menjawab sebahagian besar cerita sebenar mengenai perkara ini, “Kita tunggu sajalah apa DS Anwar nak cakap”, katanya mengakhiri perbualan.
No comments:
Post a Comment