Wednesday, September 20, 2017

Fenomena air pasang besar di Selangor terkawal

ANTARAPOS
 
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Keadaan pantai di Selangor masih terkawal dan fenomena air pasang tidak menyebabkan sebarang limpahan air berlaku di pesisir pantai.
 
Jurucakap Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, ban dan benteng pesisir pantai juga dalam keadaan selamat dan terkawal.
 
"Tiada kawasan dilapor mengalami limpahan air setakat ini. Kawasan petempatan juga tidak terjejas akibat fenomena ini," katanya dipetik agensi portal berita.
 
Daerah Klang, Kuala Langat, Sepang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam kini diletakkan dalam persediaan peringkat tinggi bagi menghadapi fenomena air pasang besar kerana berisiko tinggi mengalami banjir sekiranya berlaku angin kencang dan hujan lebat.
 
Sementara itu, Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor berkata, kemuncak air pasang di pantai Selangor dicatatkan pada kadar 5.3 meter kira-kira pukul 6 pagi, namun keadaan masih terkawal.
 
Menurut laman portal Jabatan Pengairan dan Saliran, aras air di Sungai Langat, Bukit Changgang, Kuala Langat berada pada kadar 3.99 meter, manakala Sungai Labu di Kampung Labu Lanjut (Masjid KLIA), Sepang pada kadar enam meter yang menunjukkan trend surut sehingga pukul 11.30 pagi.
 
 

No comments: