PERHIMPUNAN Fastaqim 2.0 dianggap begitu penting
kerana ia boleh menjadi kayu pengukur kekuatan PAS bagi menghadapi
pilihan raya umum (PRU) ke-14 tidak lama lagi.
“Dengan kehadiran yang begitu ramai pada himpunan itu ia akan
membuktikan ahli-ahli PAS masih istiqamah dengan perjuangan Islam.
“Malah
ia akan menyemarakkan lagi semangat ahli-ahli PAS untuk meneruskan
perjuangan dan gerak kerja pilihan raya,” kata Pesuruhjaya PAS Johor,
Ustaz Abdullah Husin.
Ketika ditemui di Iskandar Puteri katanya kehadiran pada Fastaqim 2.0
akan membuktikan PAS sudah bersiap sedia menghadapi PRU ke-14.
Oleh itu beliau berharap ahli-ahli dan penyokong PAS di negeri itu
menyertai perhimpunan tersebut yang boleh menjadi isyarat kebangkitan
rakyat.
“Saya berharap Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat di peringkat negeri,
kawasan dan cawangan menjalankan kempen mengajak ahli dan penyokong
hadir pada program berkenaan,” ujarnya.
Menurutnya sehingga sekarang kesanggupan ahli untuk menghadiri himpunan itu sangat menggalakkan sekali.
Fastaqim 2.0 akan diadakan di Pantai Tok Jembal, Kuala Terengganu pada 29 dan 30 September ini. – HARAKAHDAILY
Fastaqim 2.0 akan diadakan di Pantai Tok Jembal, Kuala Terengganu pada 29 dan 30 September ini. – HARAKAHDAILY
No comments:
Post a Comment