Sebuah premis kedai dobi layan diri di Muar, Johor membataskan pelanggannya kepada pelanggan Islam sahaja.
Ini kali pertama dilihat apabila foto yang menjadi viral dimedia sosial itu yang menunjukkan papan tanda ‘Hanya Untuk Muslim’ menjadi viral.
Tanda itu juga meminta para pelanggan untuk menanggakan kasut mereka sebelum memasuki premis.
Seorang pengendali berusia 40 tahun yang ditemubual oleh seorang wartawan dari Chinese Daily pada Sabtu, berkata, beliau hanya menjalankan tugasnya sebagai seorang Muslim.
Beliau berkata mengalu-alukan dikalangan Cina dan India muslim datang ke kedai dobinya dan bagi orang bukan Islam boleh ke kedai dobi yang berdekatan di situ.
Namun, beliau enggan mengulas sama ada peraturan itu dibuat kerana kebimbangan terdapat unsur “najis” seperti bulu anjing pada pakaian bukan Islam yang dibawa untuk dicuci di kedai dobinya.
Pengendali kedai dobi itu juga enggan wajahnya dirakamkan wartawan berkenaan.
Sementara itu, turut dilaporkan Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin dipetik sebagai berkata, langkah dilakukan pemilik premis adalah tindakan terpuji kerana “kebersihan” adalah keutamaan bagi umat Islam.
“Ini tidak sepatutnya menjadi isu kerana ia hanya akan menggalakkan persepsi negatif daripada bukan Islam kepada umat Islam.
“Saya fikir ia adalah satu langkah yang baik kerana orang Islam tidak lagi berasa ragu ketika menggunakan kedai dobi ini setiap hari,” kata beliau seperti dilapor Staronline.
No comments:
Post a Comment