SHAH ALAM: Jabatan Bomba dan Penyelamat diminta melaksanakan
kerja-kerja pemeriksaan di semua pusat tahfiz agar ia menepati prosedur
keselamatan yang ditetapkan, ujar Menteri Kesejahteraan Bandar,
Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar.
"Saya telah arahkan bomba di setiap daerah untuk memeriksa semua tahfiz
supaya menepati aspek keselamatan berdasarkan apa yang termaktub dalam
Akta Bomba,” kata Noh memetik kenyataan di Facebooknya.
Gesaan itu timbul selepas kejadian kebakaran melibatkan Pusat Tahfiz
Darul Quran Ittifaqiyah pada awal pagi semalam yang mengorbankan 21
pelajar dan dua orang warden.
Noh pada semalam memberitahu, pusat tahfiz yang terletak di Jalan
Keramat Hujung itu tidak memiliki sijil kelayakan menduduki bangunan
selain telah diubah suai daripada struktur asal.
No comments:
Post a Comment