Hamizura mendedahkan perkara itu di Facebook dengan
berkata "ya" sebagai respons kepada soalan sama ada bercadang untuk
keluar selepas berkongsi kenyataan rasmi PPBM mengenai peletakan jawatan
kakaknya.
PETALING JAYA: Adik perempuan Datuk Hamidah Osman, naib presiden PPBM yang mengumumkan keputusan keluar parti itu semalam berkata, beliau juga akan mengambil langkah yang sama.
Hamizura Osman mendedahkan perkara itu di laman Facebook dengan berkata “ya” sebagai respons kepada soalan sama ada bercadang untuk keluar selepas berkongsi kenyataan rasmi PPBM mengenai peletakan jawatan kakaknya semalam.
“Ikut sekali,” kata Hamizura apabila ditanya sama ada beliau akan meninggalkan parti itu.
Hamizura juga berkata beliau tidak akan menyertai semula Umno atau PKR, yang merupakan komponen Pakatan Harapan (PH) bersama PPBM.
“Insya-Allah, saya tidak akan membuat U-turn,” kat beliau.
Pada 13 September, Hamizura mencetuskan kontroversi apabila membuat kenyataan berbaur perkauman menerusi Facebook.
Beliau memohon maaf pada hari yang sama selepas kenyataannya menarik komen dan kecaman daripada beberapa pemimpin parti dan anggota gabungan PH.
Sekiranya Hamizura meninggalkan parti itu, beliau akan menjadi ahli ke-3 berbuat demikian dalam masa yang singkat selepas Hamidah dan bekas ketua majlis tertinggi, Anina Saadudin.
Semalam, Anina mengumumkan beliau keluar parti yang telah membantu menubuhkannya tahun lalu sambil mendakwa beliau telah dianiaya oleh PPBM.
Beliau antara lain mendakwa telah dikeluarkan dari kumpulan WhatsApp tanpa sebarang pemberitahuan dan tidak dijemput ke majlis sambutan ulang tahun pertama PPBM 9 September lalu.
No comments:
Post a Comment