Monday, July 24, 2017

Siti Kasim Lapor Polis Terima Ugutan Rogol







My Nation News – Ahli Majlis Peguam, Siti Zabedah Kasim hari ini membuat laporan polis terhadap seorang lelaki yang didakwanya menggesa umat Islam lain untuk memenggal kepalanya.

Ancaman pertama itu didakwa wanita itu diterima melalui dalam talian 3 Julai lalu pada satu artikel yang memetik pendiriannya terhadap komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) sebagaimana dilaporkan sebuah media dalam talian, di mana Siti Kasim turut mendakwa telah tersalah tafsir kenyataannya.

Menurut akhbar New Straits Times, pada 19 Julai lalu, lelaki itu didakwa memuatnaik satu tulisan dengan laporan artikel yang sama dengan menyatakan Siti Kassim telah berkata “Jangan ikut Islam Arab, tetapi ikut Islam yang sebenar.”

Bersama artikel itu, lelaki itu menulis, “anjing menyalak bukit tetapi tak lama sebelum bukit itu runtuh atas anjing itu,” Zabedah atau lebih dikenali sebagai Siti Kasim, antara reaksi yang dibaca di laman web itu termasuk gesaan untuk memenggal kepalanya, rogol serta menyimbah asid ke muka.

“Ada netizen yang memberi reaksi, dengan menulis “mereka mahu” (menyahut cabaran), dan turut bertukar nombor Whatsapp, manakala yang lain ada yang berkata tidak mahu berbincang mengenainya di laman web itu kerana ia boleh dibaca orang lain,” katanya kepada New Straits Times.

Bimbangkan keselamatannya, Siti Kasim membuat laporan di Balai Polis Sentul pagi ini.

“Secara jelas mereka merancang sesuatu terhadap saya, dan jika polis tidak bertindak maka polis akan bertanggungjawab sepenuhnya,” katanya lagi dalam laporan akhbar itu

No comments: