Tindakan Pemuda Umno menghalang sekumpulan anggota Pemuda Parti Pribumi Bersatu (ARMADA) semalam yang mahu menghantar jemputan kepada Datuk Seri Najib Razak untuk menghadiri forum Nothing To Hide 2.0 bertujuan menjaga maruah dan imej parti mereka, kata Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Razlan Rafii hari ini.
Beliau berkata langkah itu bertujuan untuk mengelakkan "kejadian Adam
Adli" - merujuk kepada tindakan aktivis bekas pelajar yang menurunkan
bendera dengan imej Najib, di luar ibu pejabat Umno semasa bantahan
menuntut kebebasan akademik lebih luas pada Disember 2011.
“Kita faham mereka serpihan ahli Umno yang telah tersesat jauh dan tersilap langkah. Mereka mungkin rindukan PWTC.
“Jadi perasaan mereka itu membuak-buak nak pijak PWTC, namun apakan daya.
“Kita Pemuda Umno, takkan selangkah berundur ke belakang mempertahankan agama, parti dan tanah air,” kata Razlan pada sidang akhbar di PWTC, Kuala Lumpur, hari ini.
“Cukuplah sekali Adam Adli bertindak biadap menurunkan bendera Umno - Sang Saka Bangsa di perkarangan Menara Dato Onn, Ibu Pejabat Umno satu ketika dahulu.”
Dalam kejadian semalam, kira-kira 30 anggota ARMADA yang pada awalnya berarak dari Pusat Membeli Belah Sunway Putra menuju ke PWTC bagi menyampaikan jemputan itu dihalang oleh kira-kira 100 Pemuda Umno hingga menyebabkan kejadian tolak-menolak.
“Mereka datang dengan membawa plakad provokasi. Sekiranya berniat sekadar menghantar surat mahupun memorandum dengan aman, tak perlulah sampai bawa pelbagai sepanduk biadap.
“Nak hantar memorandum, biarlah kena dengan adabnya.,” kata Razlan, sambil menambah bahawa tidak perlu berbuat demikian jika niat sebenarnya hanya menyampaikan jemputan.
Pada masa yang sama, Razlan juga menafikan bahawa Pemuda Umno bertindak agresif dan menumbuk seorang ahli exco BERSATU.
“Sebenarnya mereka tidak ditumbuk, hanya berlaku tolak-menolak iaitu perkara biasa sahaja dalam mana-mana demonstrasi secara aman mahupun sebaliknya.
“Malah mereka pun sudah minta maaf dan mengakui tiada yang ditumbuk,” kata Razlan, sambil menambah Pemuda Umno tidak membuat sebarang laporan polis berhubung kejadian itu.
Polis semalam mengarahkan kedua-dua kumpulan itu bersurai pada kira-kira jam 4 petang dan anggota Pemuda BERSATU kemudiannya membuat laporan di ibu pejabat daerah Dang Wangi.
Exco Pemuda BERSATU Ashraf Mustaqim Badrul Munir juga mendakwa bahawa dirinya ditumbuk semasa kejadian itu.

No comments:
Post a Comment