Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN)
Hulu Kelang Saari Sungib menjelaskan beliau melepaskan jawatan dalam
kumpulan aktivis reformasi Otai Reformis kerana hormat keputusan
partinya.
Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Selangor itu bagaimanapun berkata tindakannya itu tidak akan lebih daripada itu.
“Saya cuba jadi profesional dan tak
emosi terhadap Dr Mahathir tetapi saya meminimumkan sokongan saya
kepadanya. Saya sokong Mahathir atas dasar parti dan Pakatan Harapan.
“Tetapi Salam-salam, cium Mahathir saya
tak buat. Saya akur Mahathir antara orang penting untuk tumbangkan Najib
dan BN, jadi saya bersama dia,” katanya.
Otai Reformis dalam kenyataannya
kelmarin meminta anggotanya yang mempunyai jawatan dalam Pakatan Harapan
keluar daripada kumpulan itu.
Isu susulan pendirian mereka yang menolak kepimpinan Mahathir yang kini dilantik sebagai pengerusi Pakatan Harapan.
Kumpulan itu dianggotai oleh aktivis
politik yang menggerakkan reformasi pada 1998 bagi menuntut peletakan
jawatan Mahathir setelah memecat timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim.
No comments:
Post a Comment