MELAKA: Seorang wanita membuat laporan polis selepas anak perempuannya yang berusia enam tahun mengadu sakit pada bahagian kemaluan selepas pulang dari rumah pengasuh.
Memetik laporan The Star, wanita berusia 30 tahun yang merupakan ibu
tunggal itu terkejut selepas mendapati kemaluan anaknya kemerah-merahan.
Berdasarkan laporan polis yang dibuat pada 20 Julai itu, kanak-kanak
itu memberitahu ibunya bahawa 'pipit abang', merujuk kepada anak lelaki
pengasuhnya, yang menyebabkan kemaluannya terasa sakit.
Difahamkan kanak-kanak perempuan itu diletakkan di rumah pengasuh,
berhampiran dengan tadikanya sehingga ibunya pulang bekerja.
Kanak-kanak perempuan itu juga mendakwa, budak lelaki itu turut
memasukkan beberapa jari ke dalam kemaluannya ketika tidak diperhati
orang dewasa.
Hasil pemeriksaan dan laporan perubatan yang dikeluarkan oleh Hospital
Melaka mendapati terdapat kesan koyakan pada selaput dara kanak-kanak
perempuan berkenaan.
Berikutan laporan tersebut, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka,
Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim berkata, pihaknya telah menjalankan
siasatan secara terperinci dan kes berkenaan hampir selesai.
Katanya, selepas menerima laporan perubatan dari Hospital Melaka dan
laporan dibuat ibu mangsa, kedua-dua ibu bapa kanak-kanak terbabit telah
dipanggil untuk disoal siasat.
Tambah Kamaluddin, beliau telah mengarahkan pegawainya supaya
mengendalikan kesi itu secara lebih teliti memandangkan ia melibatkan
dua kanak-kanak dan kes disiasat di bawah Akta Kesalahan Jenayah Seksual
Kanak-kanak 2017.
No comments:
Post a Comment