SHAH ALAM: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akur dengan perintah
Mahkamah Tinggi Kuching, hari ini, yang membatalkan keputusan yang
dibuat DUN Sarawak pada 12 Mei yang lalu.
Keanggotaan Dr Ting Tiong Choon telah dilucutkan sebagai ADUN N.74,
Pujut, Sarawak yang mengakibatkan berlaku kekosongan luar jangka bagi
kerusi tersebut.
Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata, pihaknya akur
dengan perintah mahkamah dan akan mengambil tindakan selanjutnya selaras
dengan keputusan mahkamah itu.
“SPR akan mengadakan mesyuarat khas berkaitan perkara ini bagi
memuktamadkan keputusan yang melibatkan tarikh-tarikh yang telah
ditetapkan sebelum ini,” katanya.
Jelasnya, berdasarkan kepada keputusan itu juga, mahkamah turut
memutuskan bahawa tiada kekosongan luar jangka telah berlaku dan ADUN
tersebut masih lagi kekal status quo dan jawatannya itu perlu
dikembalikan.
No comments:
Post a Comment