Saturday, June 24, 2017

Lelaki Terkunci Dalam Bank Selepas 12 Malam, Cuit Hati Netizen

Aleya Amri
lelaki terkunci
Rasanya semua dah tahu di Malaysia, semua sistem perbankan akan berhenti beroperasi setiap jam 12 malam dan ini termasuklah mesin ATM dan CDM. Jadi setiap transaksi hendaklah dibuat sebelum jam 12 malam.

Namun, mungkin ramai yang tidak tahu sesetengah pintu automatik kepunyaan bank juga akan terkunci secara automatik pada jam 12 malam. Lelaki ini mungkin baru menyedari dirinya lelaki terkunci dalam bank sejurus selepas dia habis menyelesaikan urusannya.

Teman wanita kepada lelaki sempat memuat naik beberapa keping gambar lelaki itu. Difahamkan kejadian berlaku di salah sebuah bank di Seremban. Gadis itu menulis: ‘Saya tak tahu nak menangis atau ketawa!. Teman lelaki saya masuk ke dalam kurang 5 minit tetapi sekarang dia terkurung di dalam dan pengawal keselamatan pun tak kelihatan. Kena panggil bomba nampaknya ni!’

Rata-rata netizen turut sempat bergurau mengenai kejadian tersebut. Salah seorang darinya mencadangkan agar membiarkan saja lelaki itu tidur di dalam dan menjemputnya keesokan hari.

Nampaknya, bukan lelaki ini saja yang pernah terperangkap dalam bank seperti ini, malah ada juga netizen pernah mengalami kejadian yang sama. Netizen tersebut menasihati gadis itu terdapat satu butang untuk membuka pintu tersebut dari dalam tetapi lelaki itu telah mencuba dan ianya tak berfungsi.

Mereka juga cuba untuk menolak pintu berkenaan tetapi tak berjaya malah tiada pengawal keselamatan kelihatan di kawasan sekitar tempat tersebut. Ini menimbulkan tanda tanya bagaimana teman lelaki wanita itu boleh terkurung di dalam bank tersebut.

Gadis itu menjelaskan, teman lelakinya itu mahu ke bank untuk memasukkan duit manakala dia sedang tunggu di dalam kereta. Tak lama kemudian lelaki itu menelefon teman wanitanya dan mengatakan dia terperangkap di dalam bank.

‘Pada mulanya saya ingatkan dia membuat lawak sehinggalah saya pergi melihat dengan mata saya sendiri. Ketika itu ada seorang pakcik yang turut membantu untuk menolak pintu bersama-sama dan kami tergelak dengan keadaan tersebut’.

Gadis tersebut kemudian menelefon nombor syarikat keselamatan yang tertera dan seorang pekerja syarikat tersebut terkejut dengan apa yang berlaku dan pekerja itu menolong untuk membuka pintu tersebut. Selepas beberapa ketika, pintu tersebut terbuka dengan sendirinya dan teman lelaki saya pun berjaya keluar’.

Rasanya apa yang menimpa lelaki ini sangat luar biasa. Nasib baik boleh buka, jadi sentiasa selesaikan urusan bank sebelum pukul 12 malam!


No comments: