Wednesday, June 28, 2017

Sembilan lagi penduduk hilang di Hutan Simpan Ulu Segama selamat ditemukan

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
KINABATANGAN: Sembilan lagi penduduk Kampung Paris 1 yang hilang di Hutan Simpan Ulu Segama, dekat Lahad Datu ditemui tengah hari tadi. 
 
Semua mangsa ditemui pada jam 1.20 tengah hari di kawasan hutan berkenaan. 
 
Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan A Sahak Rahmat, berkata pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kini dalam proses membawa keluar semua mangsa dari kawasan hutan simpan itu. 
 
"Semua mangsa selamat. Proses membawa keluar semua mangsa masih dilakukan," katanya dipetik Berita Harian Online.
 
Rabu lalu, lima penduduk dari Kampung Paris 1, memasuki hutan berkenaan untuk menangkap ikan di Sungai Bilong.
 
Selepas lebih dua hari tidak pulang dan gagal dihubungi, sekumpulan sembilan penduduk yang lain pergi ke hutan itu untuk mencari mangsa, namun turut hilang. 
 
Lima mangsa pertama ditemui penduduk di Kampung Balat, kira-kira jam 10 pagi tadi.
 
 

No comments: