Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
SHAH ALAM: Lim Kit Siang bukan individu yang layak menamakan Penasihat
Amanah Kelantan, Datuk Husam Musa sebagai Menteri Besar Kelantan jika
Pakatan Harapan (PH) menang pilihan raya yang akan datang.
Hal itu ditegaskan Naib Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadli Shaari selepas
Penasihat DAP itu menyokong Husam menjawat jawatan berkenaan.
Fadli kemudiannya merujuk peristiwa penolakan terhadap lantikan Husam
untuk jawatan exco ketika 2008, sekaligus membantutkan hasrat bekas naib
presiden PAS itu dilantik sebagai menteri besar.
"Tahniah kepada Husam kerana telah diisytiharkan sebagai MB seterusnya oleh Kit Siang.
"Namun sayangnya yang akan mengesahkan pelantikan ini adalah Sultan Kelantan, bukan Kit Siang.
"Untuk rekod pada 2008, Husam telah ditolak sebagai exco. Saya tak
fikir Kit Siang tidak dapat makluman tentang penolakan nama Husam
sebagai exco," katanya kepada Antarapos, hari ini.
Terdahulu, Kit Siang menamakan Husam sebagai calon yang sesuai diangkat
sebagai Menteri Besar Kelantan jika gabungan pembangkang memenangi
Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.
Berucap di majlis sambutan Aidilfitri anjuran DAP di Kota Bharu
semalam, Kit Siang menyifatkan ADUN Salor itu mampu menjadi teladan baik
kepada rakyat negeri itu dan seluruh negara.
Husam merupakan bekas naib presiden PAS dan dipecat pada Mei 2016 kerana melanggar disiplin dan tatatertib parti.
Beliau sebelum ini lantang mengkritik kepimpinan PAS di bawah Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Malah penyertaannya ke dalam Amanah juga dikritik kerana sering
menggunakan nama bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik
Mat untuk menghalalkan niatnya menyertai parti serpihan PAS itu.
No comments:
Post a Comment