shahbudindotcom
Najib
Razak sebenarnya bukan tidak sedar rakyat semakin menceceh mengenai
dirinya dan tidak kurang yang terus menolaknya secara terang-terangan
berikutan pelbagai isu yang melingkari dirinya yang dianggap keterlaluan
dan tidak boleh diterima.
Sebab
itu akhir-akhir ini beliau dilihat semakin kerap cuba menonjolkan
dirinya seolah-olah seorang pemimpin yang zuhud, baik hati, merendah
diri, tidak berbeza dengan rakyat biasa serta tidak kekok menyantuni
golongan miskin yang tidak berharta.
Di
Facebook dan Twitter miliknya, gambar-gambar "lakonannya" itu boleh
disaksikan dengan lebih kerap berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Tidak
lain yang diharapkan Najib, melainkan agar penonjolan berbagai watak
baik yang "dilakonkan" itu dapat membuatkan rakyat terlupa tentang
skandal 1MDB, wang ribu-ribu juta dalam akaun peribadi, duit SRC
International yang dibelanjakannya, kemewahan tanpa had, pembaziran
merata-rata, penggunaan jet oleh isteri, pembelian hartanah mewah oleh
anak tiri, pemecatan Peguam Negara, institusi awam yang penting dinodai
dan seribu satu macam lainnya lagi.
Makin
didedahkan onar dan kecurangannya, kita juga melihat semakin mantap
"lakonan" sang Perdana Menteri ini. Boleh kalah Rosyam Nor atau Aaron
Aziz dek kehebatannya!!
Tidak
cukup dengan "lakonan" membelikan pakaian raya untuk golongan miskin
yang tahun-tahun sebelumnya hanya merupakan aturcara biasa untuk Wanita
dan Puteri UMNO atau mengucapkan selamat jalan untuk wargakota yang
pulang ke kampung halaman untuk berhari raya, malah ketika membayar
zakat fitrah pun dijadikan "suatu persembahan" juga oleh Najib.
Mari
kita tonton satu demi satu watak "lakonan" Najib, di sebalik pelbagai
onar dan seluruh dunia juga memperkatakan mengenai rasuah, penyonglapan
dan penggubahan wang haram yang dikaitkan dengannya.
No comments:
Post a Comment