MSO
Walaupun tindakan SPRM menahan dan akan mendakwa Lim Guan Eng (foto) atas
tuduhan rasuah berhubung pembelian banglo dan penyalahgunakan kuasa(?)
esok mempunyai bukti jelas, dan kalau pun selepas ini Kertua Menteri
Pulau Pinang itu didapati bersalah, hilang kedudukan sebagai wakil
rakyat, ia tetap akan dilihat sebagai satu tindakan politik.
Tindakan
politik yang rakus dan dianggap sebagai rasis yang akan menjadi sebutan
dan mainan sejarah selamanya. Tindakan keatas Guan Eng sebagai
kesenimbungan tindakan untuk meleburkan kerjaya politik yang
disandangnya. Sebelum ini Guan Eng dikenakan berbagai-bagai tindakan
termasuk di penjara. Cuma tuduhan meliwat sahaja tidak dibuat.
Tindakan dan sekatan ke atas Guan Eng tidak syak lagi kerana pemimpin pelapis Cina pembangkang ini menunjukkan political will dan keberaniannya yang luar biasa. Tidak sia-sia Guan Eng menjadi anak Lim Kit Siang.
Dalam suasana hari ini dimana politik Malaysia
disulami dengan elemen perkauman, agama, sentiman budaya dan sebagainya,
persepsi demikian tidak dapat dielakkan. Masyarakat Cina akan melihat
tindakan ke Guan Eng itu ke arah itu. Akan ada definasi dan tafsiran
harfiah demikian dibuat.
Ada bahayanya tindakan itu, dan di sinilah timbul sedikit dilema kepada
SPRM sebagai badan pemantau. Badan itu akan disuluh sebagai menjadi alat
kepada penguasa seperti beberapa institusi lain. SPRM akan dituduh
agensi Umno yang berkesan untuk meleburkan kerjaya politik Guan Eng.
Kegagalan badan itu dalam membawa kes berprofil tinggi ke mahkamah,
kerana dihalang secara tektikal oleh Peguam Negara, meletakkan ia dalam
keadaan separuh bersih dan kotor.
SPRM akan dilihat sebagai institusi kerajaan yang ditubuh atas
kepentingan rakyat tetapi digunakan sepenuhnya untuk kepentingan
pemimpin tertentu Umno. Peletakan jawatan pegawai tinggi suruhanjaya itu
sepanjang tahun ini mengesahkan badan itu gagal berfungsi dan digerakan
untuk kepentingan rakyat yang bertentangan dengan prinsip
perwujudannya.
Apabila kes membabitkan Guan Eng begitu mudah diproses dan didakwa,
manakala kes-kes lain jadi sebaliknya, menyebabkan tanggapan semakin
menebal. Sebagai orang Cina dan pemimpin pelapis daripada DAP yang
berpotensi serta berjaya pula menunjukkan daya kepimpinan di Pulau
Mutiara, sudah pasti apa dialami Guan Eng itu mendapat simpati orang
Cina. Sentimen kecinaan akan meruap.
Jika penangkapan Guan Eng itu kemudian hukuman yang bakal dikenakan
atasnya bermotif politik melumpukan DAP dan Pakatan Harapan, dan dalam
masa sama diharap ia memberi mata kepada BN - Umno ia satu kesilapan. Ia
bukan tindakan bijak sebaliknya ia seperti menanam benih kerugian buat
BN-Umno sepanjang zaman di Pulau Pinang.
Umno tidak akan menjadi kuat dan mendapat sokongan besar di Pulau
Pinang. Realiti politik di Pulau Pinang sepatutnya disedari oleh
perancang (master-minda) Umno yang parti Melayu itu memerlukan sokongan
Cina, baik Gerakan, MCA maupun DAP serta orang Cina yang tidak
membelangkan kepihakannya untuk mentadbir negeri berkenaan. Umno tidak
dapat berharap kepada sokongan Melayu termasuk daripada Melayu Pas
semata-mata.
Di Pulau Pinang Pas hanya kuat membunyikan takbir, membuat cemuhan berunsur agama tetapi tenaga tidak ada.
Suka atau tidak, Pulau Pinang sudah menjadi milik Cina manakala Seberang
Perai atau kawasan darat menjadi milik Melayu. Secara tidak langsung ia
terbentuk pembahagian sempadan demikian. Hakikat yang perlu diketahui,
Pulau Pinang itu sendiri dikuasai oleh masyarakat Cina dari segi
pembangunan, pemilikan hartanah dan sebagainya. Atas hakikat itu BN,
(baca Umno) hanya mampu mentadbir dengan sokongan bersama orang Cina.
Sekiranya sentimen kecinaan nyala dan menjadi panas membara ekoran
penangkapan Guan Eng itu ia memberi kesan buruk kepada Umno. Orang
Melayu hanya akan menang sorak di pulau itu tetapi kalah dalam hakikat
perjuangan politik. Apakah untungnya Umno (Melayu), kalau BN berjaya
merampas negeri itu, tetapi penerajunya tetap orang Cina. Jika BN menang
tidak mungkin Ketua Menterinya daripada Umno.
Sebelum ini berdekad Ketua Menteri Pulau Pinang disandang orang Cina
walaupun dari segi kerusi Umno mengatasi kerusi Gerakan, dua kerusi.
Majoriti menerusi sistem demokrasi Malaysia tidak berlaku di Pulau
Pinang.
Pada saya pendekatan dan strategi Umno menyerang DAP bukan satu yang
bijak. Menyerang DAP semacam menyakiti hati orang Cina di Penang khasnya
dan orang Cina di bandar-bandar lain. Adalah lebih baik kalau Umno
mengambil strategi berlunak dan melayan DAP dengan penuh profesional dan
fatanah.
Bagaimana Guan Eng berjaya menjinak hati orang Melayu dengan
kedudukannya sebagai KM, nah, begitu juga sepatut Umno lakukan terhadap
orang Cina.
Kini penyelesaian untuk melendik dan mendamaikan hati orang Cina yang
diharap akan memberi sokongan kepada Umno sudah tidak ada lagi. Ia
memberai. Penangkapan Guan Eng itu menjadi bara yang memanaskan keadaan
dan tidak mustahil akan membibitkan kebencian berpanjangan, orang Cina
kepada berjois Umno. Natijah dari itu dalam pertarungan politik di Pulau
Pinang ini selamanya tidak akan memenangkan Melayu (Umno).
Suatu solusi menang-menang mungkin perlu difikirkan sebelum keadaan kian melarat.
No comments:
Post a Comment