Tindakan menghalau wartawan Malaysiakini yang datang untuk
meraikan rumah terbuka dan membuat liputan majlis rumah terbuka Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam amat mendukacitakan.
Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) Khalid Samad berkata, tindakan ini amat mendukacitakan di hari yang mulia ini.
"Ketika kita semua mahu meraikan hari raya, tindakan
menghalau pengamal media yang mahu meraikan dan membuat liputan amat
mendukacitakan," kata Khalid kepada Malaysia Dateline.
"Perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku di hari mulia ini," tambah ahli parlimen Shah Alam itu.
Jurukamera Malaysiakini yang membuat liputan majlis rumah
terbuka Perdana Menteri dihalau oleh pihak keselamatan ketika membuat
rakaman video Perdana Menteri sedang bersalam dengan orang ramai yang
berkunjung ke majlis beliau.
Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar
mendakwa, Perdana Menteri dan pimpinan negara yang lain antara sasaran
serangan militan IS di negara ini.
No comments:
Post a Comment