KUALA LUMPUR: Cuti peristiwa Hari Raya Aidilfitri yang diumumkan
kerajaan negeri turut dianggap sebagai cuti bagi semua institusi dan
pejabat pendidikan di negeri berkenaan, kata Kementerian Pendidikan.
"Sehubungan itu, peruntukan kemudahan cuti ini terpakai bagi
pengisytiharan cuti peristiwa Hari Raya Aidilfitri pada Ahad (10 Julai)
yang diumumkan sehingga kini oleh Kerajaan negeri Johor, Terengganu dan
Kedah," menurut kementerian itu dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurut kementerian itu, cuti peristiwa yang diberikan itu tidak perlu diganti.
Peruntukan kemudahan cuti peristiwa ini juga terpakai bagi semua
institusi dan pejabat pendidikan negeri Kelantan sekiranya ada
pengisytiharan oleh kerajaan negeri selepas ini, menurut kenyataan
tersebut.
No comments:
Post a Comment