MALAYSIAKINI
MP Segambut mempertikaikan "kerajinan" Datuk Seri Tengku Adnan Mansor
membantu operator meter parkir memperoleh keuntungan segera melalui
pelaksanaan sistem baru mulai 16 Julai ini.
Kata Lim Lip Eng, Menteri Wilayah Persekutuan itu wajar menyatakan
apakah kepentingan beliau melaksanakan dasar berkenaan yang disifatkan
sebagai "tergesa-gesa."
Memetik laporan akhbar Lim berkata tiada mana-mana persatuan peniaga,
pekedai atau orang awam yang bekerja di kawasan terbabit dimaklumkan
tentang peraturan baru mengenai sistem letak kereta berkenaan.
Malah, kata Lim, tidak ada perbincangan diadakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan mereka yang terlibat.
"Justeru dasar baru ini patut ditangguhkan sehingga penduduk dan
pemilik perniagaan di ibu kota diberi taklimat oleh kerajaan tentang
kajian apa yang dijalankan serta alternatif untuk mereka yang perlu
meletakkan kereta lebih dari dua jam di kawasan-kawasan yang
dimaksudkan," katanya dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.
Kelmarin Tengku Adnan menyatakan DBKL akan menguatkuasakan peraturan
mengehadkan tempoh orang awam meletak kenderaan di sekitar kawasan pusat
perniagaan kepada dua jam saja mulai 16 Julai ini.
Langkah kurangkan kesesakan
Kata beliau melalui peraturan baru itu sesebuah kenderaan dikenakan kadar RM2 untuk sejam pertama diikuti RM3 untuk jam kedua.
“Apabila
tempoh dua jam habis, kenderaan yang masih diletakkan di kawasan
berkenaan - seperti sekitar Bukit Bintang, Imbi and KLCC akan dikuncil
dan dituda ke depoh DBKL," katanya.
Peraturan itu turut dilaksanakan di kawasan Bangsar, Sri Hartamas dan Kepong.
Kata dengan pelaksanaan peraturan baru itu Tengku Adnan berkata
kerajaan beharap kesesakan lalu lintas di kawasan terbabit berkurangan
dan lebih ramai pengguna pula memanfaatkan pengangkutan awam memasuki
kota raya.
Lim juga bertanya adakah DBKL mempunyai kekuatan anggota dan jentera mencukupi untuk menguatkuasakan peraturan baru itu.
"Tengku Adnan wajar memberitahu apa sebenarnya kepentingan untuk
beliau dengan dasar yang dibuat secara tergesa-gesa ini," katanya.
Lim yang juga Setiausaha DAP Wilayah Persekutuan berkata sepatutnya
DBKL menghantar lebih ramai anggota untuk mengawal lalu lintas di
kawasan sesak lain, terutamanya di berhampiran sekolah dan bukannya
mengerah mereka memeriksa had waktu letak kenderaan.
Katanya penduduk, pekerja dan pemilik perniagaan di kawasan terlibat
sepatutnya diberi permit letak kereta yang mengecualikan mereka daripada
had waktu tersebut, selain memberi diskaun kepada caj meter biasa.
"Malah kita sepatutnya menunggu sehingga projek MRT siap dan
beroperasi buat seketika sebelum sebarang peraturan baru lalu lintas
dilaksanakan," katanya.
No comments:
Post a Comment