Amaran Angin Kencang, Laut Bergelora Sehingga Isnin
KUALA LUMPUR: Angin
kencang Barat Daya berkelajuan 40 hingga 50km sejam (kmsj) dan laut
bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka
berlaku di kawasan perairan Phuket, Reef North dan Palawan bermula
Jumaat hingga Isnin ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia, dalam kenyataan pada Khamis, berkata
keadaan itu berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan
laut.
Sementara itu, ribut petir dijangka berterusan sehingga pagi Jumaat
di perairan Selat Melaka, Selangor, Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Keadaan itu menyebabkan angin kencang berkelajuan 50 kmsj dan laut
bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter serta
berbahaya kepada bot-bot kecil. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment