Oleh Abd Ghani Bin Ahmad
1.
PAS Kawasan Jerlun menzahirkan rasa dukacita di atas pemecatan Tan Sri
Muhyiddin B Mohd Yassin dan Dato Seri Mukhriz Bin Mahathir daripada
UMNO kelmarin. PAS Kawasan Jerlun tidak berhasrat untuk mencampuri hal
dalaman UMNO dan menganggap pemecatan kedua-duanya merupakan masalah
dalaman parti mereka.
2. Namun begitu, PAS Kawasan Jerlun
cukup sedih di atas tindakan yang dikenakan hanyalah disebabkan oleh
kelantangan kedua-duanya membangkitkan isu 1MDB, Derma 2.6 Billion, GST
dan sebagainya akibat salahguna kuasa secara jelas oleh Dato Seri Mohd
Najib Razak sebagai Perdana Menteri. Kesemua isu tersebut adalah
berkait secara langsung dengan kehidupan rakyat yang semakin tertekan
dgn kos hidup yang semakin meningkat dan kadar inflasi semakin
bertambah akibat kejatuhan nilai ringgit.
3. Dalam masa yang
sama, PAS Kawasan Jerlun mengucapkan syabas dan tahniah di atas
keberanian kedua-duanya menyuarakan isu-isu kepentingan rakyat dan
negara agar menjadi teladan kepada para pemimpin UMNO yang lain supaya
prihatin terhadap permasalahan rakyat melebihi daripada kepentingan
peribadi.
4. Selaku ADUN Ayer Hitam, PAS Kawasan Jerlun
mengucapkan takziah dan bersimpati di atas pemecatan Dato Seri Mukhriz
Bin Mahathir serta berharap beliau bersabar, berlapang dada dan tidak
mengambil tindakan yang boleh menjejaskan suasana harmoni warga Ayer
Hitam khususnya dan rakyat amnya.
5. Kami berharap beliau akan
terus menunaikan tanggungjawab sebagai ADUN Ayer Hitam sehingga tamat
penggal demi kepentingan rakyat dalam kawasan ini. Kami yakin beliau
sedar dan faham kesan buruk bakal menimpanya jika berterusan menongkah
arus dengan kepimpinan Perdana Menteri dan ia menjadi sebahagian
daripada asam garam politik sebagaimana sejarah yang telah dilalui oleh
ayahandanya Tun Dr Mahathir yang pernah dipecat daripada UMNO pada
tahun 1969 lalu.
* Abd Ghani Bin Ahmad, Yang DiPertua PAS Kawasan Jerlun
No comments:
Post a Comment