Wednesday, June 1, 2016

Jawatankuasa Fatwa diperkuda BN haruskan GST – Ulama PAS

 
Dewan Ulama PAS menyeru rakyat tidak lagi memberi amanah kepada BN yang mengkhianati amanah rakyat dengan melaksanakan cukai zalim itu. 


mahfodz-mohamed_gst_600


PASIR PUTEH: Dewan Ulama PAS mendakwa Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan telah diperkudakan kerajaan BN untuk mengharuskan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Ketuanya, Datuk Dr Mahfodz Mohamed mendakwa susulan tekanan daripada BN, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan terpaksa bersekongkol untuk turut menyokong pelaksanaan cukai zalim itu kepada rakyat.

“Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan diperalatkan untuk mengharuskan GST yang zalim itu. Dewan Ulama PAS tetap mempertegaskan bahawa GST haram kerana gagal memenuhi syarat-syarat keharusan cukai yang digariskan ulama.

“Kesan buruk GST menyebabkan kenaikan harga barang yang melampau. Dengan GST harta rakyat termasuk golongan miskin dirompak secara berlesen sehingga menjangkau jumlah RM42 juta sehari sebagaimana diumumkan oleh kerajaan,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS ke-55 di Tok Bali, malam tadi.

Sehubungan itu, Dewan Ulama PAS menyeru rakyat menolak BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan tidak lagi memberi mandat kepada parti yang telah mengkhianati amanah rakyat sebelum ini

No comments: