KELAB GREENBOC
Tarikh dakwaan beli sakan sepadan percutian Najib
Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah
Mansor yang didakwa membeli-belah sakan seperti dilaporkan The Wall
Street Journal didapati padan dengan tarikh pasangan itu bercuti di
Eropah selatan.
Percutian itu diikuti dengan lawatan kerja dua hari Najib ke Belanda
untuk merakamkan ucapan takziah kepada negara itu dan membincangkan
tindakan seterusnya dengan rakan sejawatannya berhubung kejadian nahas
MH17 pada tahun 2014.
Asia Sentinel kemudiannya melaporkan bahawa Najib dan Rosmah melanjutkan percutian mereka di dengan mengunjungi Paris, Sardinia, Cannes, Rom dan London.
Ini sepadan dengan tulisan Instagram anak lelaki mereka, Norashman
yang memaparkan gambarnya di sebuah pantai. Dia menggunakan hashtag
#sardinia pada tulisan bertarikh 7 Ogos.
Manakala aktiviti membeli-belah sakan barangan berjenama Chanel
berjumlah AS$130,625 di Hawaii seperti yang dilaporkan WSJ menggunakan
kad kredit yang sama seperti dalam pembelian EUR750,000 barangan kemas
di Sardinia, Itali.
Semua ini berlaku dua hari sebelum Najib bermain golf dengan Presiden
Amerika Syarikat Barack Obama di Honolulu, yang juga berlangsung pada
tahun 2014.
Najib ketika itu dibidas kerana berada di luar negara sedangkan rakyat
di pantai timur dan utara semenanjung berdepan dengan ujian getir
dilanda banjir besar.
Bagaimanapun, perdana menteri memendekkan lawatannya apabila keadaan
banjir bertambah buruk dan pulang ke tanah air pada 27 Disember.
'Gembira kembali di LA'
Najib menggunakan penerbangan komersial ke Hong Kong dan dijemput oleh
pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia sedangkan jet rasmi negara
dijejaki berlegar melalui Los Angeles (LA), Indianapolis, New York,
London, Dubai dan Bangkok sebelum pulang ke Kuala Lumpur.
Pejabat Perdana Menteri kemudian menjelaskan jet rasmi itu mempunyai
masalah teknikal dan terpaksa mendarat selama lima hari di Indianapolis
dari 26 Disember hingga 31 Disember.
Pada 26 Disember, jet rasmi itu dikesan berada di Los Angeles - bandar yang sama Norashman mengakui berada pada 28 Disember.
"Gembira kembali di LA!" katanya di Instagram, menggunakan hashtag #hollywoodhills.
Menurut WSJ, Noorashman menerima AS$70,000 daripada akaun yang dikatakan milik bapanya pada 4 Julai, 2014.
Anak perdana menteri sebelum itu memuat naik tulisan di Instagram dan
berkata akan menjadi sukarela untuk dapur jalanan Kechara yang membantu
masyarakat miskin di bandar.
Satu lagi perbelanjaan besar yang dilaporkan oleh WSJ adalah majlis
pertunangan anak perempuan Najib, Nooryana Najwa di Hotel Shangri-La di
Kuala Lumpur.
Majlis berkenaan diadakan pada 17 Jun, 2011 dan 11 hari kemudian, sebanyak AS$56,000 didakwa dibelanjakan di sebuah syarikat kereta mewah di Kuala Lumpur - Signature Exotic Cars.
ABC juga melaporkan bahawa AS$395,782.40 dibelanjakan di sebuah hotel tetapi tiada tarikh diberikan. -mk
ULASAN GB
Tak semua boleh ditutup dengan taburan dedak. Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan.
Sekarang ternyata terbongkar segala-galanya.
Walau berbagai cara sekalipun Najib cuba untuk menutup segala tindakan
salahlakunya yang "tidak wasatiyah" itu, namun kebenaran itu tetap
muncul juga.
Najib, henti-hentilah kerja boros kamu itu dan henti-hentilah menipu rakyat. Masanya akan tiba juga...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan