Isnin, 25 April 2016

Ringgit lemah 3.9120/9190 berbanding Dolar AS

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan kerugiannya berbanding dolar AS semalam apabila pelabur kekal berada di luar perdagangan bagi menunggu keputusan mesyuarat dasar Rizab Persekutuan AS pada 27 April. 
 
Pada jam 9.04 pagi, mata wang tempatan itu didagang lemah kepada 3.9120/9190 berbanding Dolar AS berbanding prestasi Jumaat 3.8940/8000. 
 
Ringgit turut turun berbanding dolar Singapura kepada 2.8860/8931 daripada 2.8838/8904 Jumaat lalu, namun mengukuh berbanding yen kepada 3.5158/5230 dari 3.5281/5342. 
 
Ia menyusut berbanding euro kepada 4.3928/4018 dari 4.3893/3969 dan mengukuh berbanding pound British kepada 5.6458/6575 daripada 5.5852/5957

Tiada ulasan: