Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, perkara itu akan diusulkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam masa terdekat sekiranya keadaan masih tidak berubah atau menjadi semakin kritikal.
"Saya sudah minta Setiausaha Kerajaan Negeri untuk mengambil langkah sewajarnya jika keadaan tidak berubah atau menjadi lebih kritikal.
"Bagaimanapun saya akan mengikuti perkembangan selanjutnya dalam beberapa hari lagi disebabkan hujan dilihat telah mula turun sehari dua ini termasuk di kawasan itu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Vasakhi 2016, di Institut Guru Nanak, Jalan Maxwell, di sini, hari ini.
Menurutnya, campur tangan kerajaan persekutuan amat penting memandangkan bencana yang berlaku turut melibatkan kawasan pertanian khususnya penanaman padi.
"Kawasan yang dilanda kemarau bukan sahaja Tasik Bukit Merah bahkan meliputi seluruh kawasan termasuk lokasi penanaman padi yang berkeluasan lebih 5,000 hektar," katanya.
Beliau berkata, pendekatan itu turut membolehkan kerajaan persekutuan mengenal pasti kerugian yang dialami di kawasan berkenaan khususnya melibatkan sektor pertanian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan