shahbudindotcom
Entah
ke mana perginya para menteri, pemimpin dan hulubalang UMNO, alih-alih
Setiausaha Akhbar Najib Razak sendiri yang ternampak paling ke depan
mahukan Tun Mahathir Mohamad menamakan siapa calon PM dan TPM pilihannya
bagi menamatkan spekulasi bahawa beliau sedang menyediakan laluan untuk
anaknya, Mukhriz bagi jawatan tersebut.
Sedarkah
pegawai Najib itu bahawa Mukhriz tidak boleh dinamakan sebagai calon PM
atau TPM memandangkan kedudukannya hanya sebagai ADUN saja, bukannya
Ahli Parlimen?
Jadi,
menamakan sesiapa pun sebagai calon PM dan TPM, Mukhriz tidak mungkin
boleh disenaraikan sama sekali dan tidak ada kaitan dengan spekulasi
laluan masa depannya dalam politik negara ini.
Tetapi,
jika selepas PRU 14 atau beberapa tahun akan datang tersedia laluan
yang selesa untuk Mukhriz, ia tentulah tidak logik dikaitkan dengan
siapa calon PM dan TPM yang akan dinamakan oleh Tun Mahathir sekarang
ini.
Ketika itu, ia lebih berkaitan dengan sokongan ramai terhadapnya, selain bagaimana usaha Mukhriz sendiri melonjakkan dirinya.
Menggunakan
hujah Mukhriz bertanding jawatan Naib Presiden UMNO tidak boleh
dijadikan sandaran mutlak bahawa beliau ada cita-cita untuk menjadi
Perdana Menteri.
Berapa
ramai mereka yang bertanding Naib Presiden UMNO, malah yang menang
sekali pun selama ini, diketahui tidak bercita-cita untuk menjadi
Perdana Menteri dan bukan juga sebagai "material" untuk jawatan itu?
Dalam
pada itu, kenapa seorang Setiausaha Akhbar yang hanya "makan gaji"
dengan Najib begitu beria-ia mahu tahu siapa calon PM dan TPM
seterusnya?
Jika
semua pemimpin yang menandatangani Deklarasi Rakyat, bahkan rakyat yang
turut menyokongnya pun boleh bersabar mengenainya kerana keutamaan
mereka ialah mahu melihat Najib diundurkan terlebih dahulu, mengapa
pegawai Najib sendiri tidak boleh bersabar?
Apakah beliau sudah tidak sabar untuk mendapat PM dan TPM baru untuk Malaysia?
Jika
beliau begitu bersungguh mahu mengetahui siapa bakal PM dan TPM selepas
ini, maka beliau semestinya segera bertukar menjadi antara yang
bersungguh memastikan Najib letak jawatan dalam waktu terdekat ini.
Jatuh Najib, tahulah kita semua siapa PM dan TPM baru.
Mudah saja kan!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan