MALAYSIA DATELINE
Usaha
Datin Seri Rosmah Mansor dipercayai berulang kali memanggil Duta
Amerika Syarikat (AS) Joseph Y.Yun di kedutaan negara itu di Kuala
Lumpur dianggap sebagai sia-sia, untuk membatalkan penyiasatan mengenai
dana 1 Malaysia Developement Berhad (1MDB), lapor Asia Sentinel.
Laporan yang dipetik itu berkata, menurut sumber yang diperolehnya,
menyebut isteri kepada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak itu,
cuba menghalang penyiasatan seorang peguam Amerika Syarikat telah
tersebar luas dikalangan diplomat negara itu di Kuala Lumpur.
Mereka mengatakan bahawa hakikatnya siasatan itu dijalankan di
Switzerland, Singapura, United Kingdom dan Perancis, bagaimanapun hasil
siasatan menunjukkan AS negara yang paling utama untuk membawa tuduhan
jika terdapat salah laku dalam skandal 1MDB.
Peguam Daerah Selatan New York, Preet Bharara digesa untuk
membatalkan penyiasatannya mengenai urusan kewangan yang melibatkan
1MDB.
Yun dikatakan telah memberitahu Rosmah yang Bharara menjalankan
siasatan bagi pihak Jabatan Perhidmatan Luar Negara secara bebas
walaupun Presiden AS Barrack Obama boleh mempengaruhi penyiasatan itu
jika dia mahu berbuat demikian..
Bagaimanapun lapor Asia Sentinel lagi, percubaan untuk mengesahkan cerita melalui Kedutaan AS itu tidak dijawab.
Sebaliknya laporan itu menyebut :” Rosmah telah diberitahu," Jika
kamu tidak melakukan sesuatu yang salah, jangan bimbang tentang hal itu.
Amerika Syarikat adalah sebuah negara yang berpegang kepada
undang-undang. " kata sumber berkenaan.
Berita yang turut disiarkan oleh Perbadanan Penyiaran Australia dalam
satu kenyataan media menyebut rancangan Four Corners pada 28 Mac lalu,
telah menyiarkan maklumat baru mengenai deposit antara 2011 dan 2014
daripada "individu dan syarikat misteri" di Malaysia dan luar negara,
melalui pemindahan talian dan dalam bentuk wang tunai, ke dalam akaun
peribadinya.
Dipetik daripada kenyataan stesyen televiyen itu adalah tambahan
kepada misteri RM2.6bilion (AS$ 681juta) yang dimasukkan dalam akaun
Najib pada 2013.
Namun begitu,laporan berita antarabangsa itu mengklasifikasikan
skandal 1MDB antara yang terbesar di dunia membabitkan kerajaan
Malaysia.
Laporan itu juga menyebut Najib dan keluarganya takut kepada lelaki
bernama Preet Bharara. Ini kerana pegawai penguatkuasaan undang-undang
kelahiran Pakistan itu sepanjang perkhidmatannya pernah mendakwa lebih
100 eksekutif Wall Street dan telah menghantar agen untuk menjalankan
siasatan terhadap suspek persenjataan, narkotik dan penganas membabitkan
25 buah negara untuk dibicarakan di Manhattan.
Malah pejabat urusannya
juga pernah dipaku oleh penyangak pengedaran senjata Viktor Bout yang
kemudian bersembunyi di Thailand turut berjaya di bawa kemuka pengadilan
di Amerika Syarikat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan