Rabu, 6 April 2016

Mesej Rafizi ditahan polis viral di media sosial

MALAYSIA DATELINE


Rafizi Ramli MP PandanRafizi Ramli MP Pandan


Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli telah ditahan polis selepas keluar dari pintu pagar bangunan Parlimen petang ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan dia ditahan di bawah Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Ahli Parlimen Pandan itu bulan lalu telah mendedahkan apa yang di dakwanya adalah dokumen berkaitan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan 1MDB.

Beliau juga memberikan kenyataan mengenai perkara itu kepada jabatan siasatan jenayah komersial.

Melalui twitter mengenai penahanan itu, Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa berkata: "Adakah Ketua Polis Negara menjelaskan kepada rakyat mengapa PDRM tidak boleh meminta Rafizi untuk menyerah diri? dan mahu Rafizi diberi jaminan akan dibenarkan berjumpa dengan penguamnya serta merta,"ujarnya.

R Sivarasa menyamakan kejadian petang tadi sebagai "penculikan" oleh pihak polis.

Bagi Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh berkata Rafizi akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
Pengarah Strategi PKR Akmal Nasir dipetik sebagai berkata, Rafizi sedang dalam perjalanan untuk mengambil anak lelaki berusia dua tahun dari pengasuh apabila penangkapan berlaku.

"Rafizi telah bertanya jika dia boleh datang ke Bukit Aman pada pukul 7.30 malam selepas mengambil anaknya tetapi polis tidak membenarkan dia berbuat demikian," katanya.

Manakala  Ahli Parlimen Kuala Terengganu Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad yang menyaksikan penangkapan itu berkata dia cuba untuk bercakap dengan Rafizi, tetapi polis tidak membenarkan menghampirinya.

"Saya mengikuti kereta dia tadi, bila nampak polis iringinya saya turun untuk bertanya tapi polis tak benarkan," kata mesej itu lagi.

Tiada ulasan: