shahbudindotcom
Sehingga
ini dilaporkan seramai 220 ribu orang sudah menandatangani Deklarasi
Rakyat yang bertujuan mendesak pengunduran Najib Razak sebagai Perdana
Menteri.
Melalui online saja, seramai 50 ribu
sudah berbuat demikian dan sambutan terus diterima hari demi hari. Bagi
yang belum menandatanganinya, boleh berbuat demikian di sini - http://goo.gl/forms/VMXoMc8Xzf.
Pengumpulan
tandatangan secara fizikal pula, terlihat sambutannya begitu hangat
sekali terutama di mana ada tokoh-tokoh tertentu yang turun berkempen
sepertimana yang dilakukan oleh Tun Mahathir di Jalan Tuanku Abdul
Rahman, Sabtu lalu.
Selain
itu, urusetia mengumpulkan tandatangan juga sedang bergerak ke
negeri-negeri bersama program Selamatkan Malaysia bagi mencapai matlamat
awal mendapatkan sekurang-kurangnya 1 juta tandatangan dalam waktu
terdekat ini untuk dihantar kepada Majlis Raja-Raja Melayu.
Selepas
1 juta yang pertama, 1 juta yang kedua, yang ketiga dan seterusnya pula
akan dihantar sebagai makluman kepada Raja-Raja mengenai penolakan
rakyat terhadap Najib.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan