Rabu, 20 April 2016

MALAYSIAKINI




Lembaga Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta kerajaan supaya mempercepatkan pelantikan anggota Panel Penilaian Operasi dan Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah suruhanjaya itu.

Beliau berkata panel berkenaan adalah sebahagian daripada fungsi pemantauan SPRM, oleh itu, pelantikan berkenaan penting bagi mengelak sebarang kesan negatif terhadap suruhanjaya itu.

"Kami agak bimbang dan ingin menggesa kerajaan supaya membuat pelantikan itu secepat mungkin supaya SPRM boleh meneruskan tugas dan fungsinya,"kata Pengerusi Lembaga Penasihat SPRM, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim kepada Bernama semalam.

Jawatan dalam kedua-dua panel itu belum diisi sejak 24 Februari lepas setelah anggota panel sebelum ini menamatkan tempoh perkhidmatan masing-masing.

Pada masa ini, belum ada pelantikan dibuat bagi kedua-dua panel itu.

"Hari ini, laporan tahunan kami dibentangkan tetapi malangnya, kedua-dua panel itu tidak wujud," kata beliau.

Tunku Aziz berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak boleh melantik semula anggota lama atau melantik anggota baru bagi kedua-dua panel itu.

SPRM mempunyai lima panel bebas merangkumi Lembaga Penasihat, Jawatankuasa Khas Parlimen Mengenai Rasuah, Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah, Jawatankuasa Aduan dan Panel Penilaian Operasi.-Bernama


Tiada ulasan: