DETIK DAILY
PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad diumumkan telah meletakkan jawatan di empat badan berkaitan kerajaan iaitu Proton Holdings Berhad (Proton), Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), dan Lembaga Pembangunan Pulau Tioman (TIDA).
Perletakan jawatan yang berkuatkuasa pada 30 Mac disusuli pemecatannya sebagai penasihat di Petronas 11 Mac lalu.
Proton dipengerusikan Mahathir sejak diasaskan pada 7 Mei 1983.
Surat
perletakan jawatan sebagai pengerusi diserahkan kepada Pengarah Urusan
Kumpulan DRB-HICOM Berhad, Datuk Seri Syed Faisal Albar semalam.
Perletakan jawatan sebagai Canselor UTP dimaklumkan kepada Rektor, Datuk Abdul Rahim Hashim, dan berkuatkuasa 30 Mac.
Difahamkan, Ketua Setiausaha Negara telah diumumkan mengenai perletakan jawatan ini.
Sebelum
ini, beberapa pimpinan UMNO mendesak pemecatan bekas Perdana Menteri
itu lantaran kelantangannya mengkritik pentadbiran Perdana Menteri dan
Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak.
Ketidakpuasan hati Mahathir terhadap Najib didorong skandal berkaitan 1MDB dan derma politik, RM2.6 bilion.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan