Isnin, 18 April 2016

Ibrahim Ali tidak maafkan Ramasamy

 
Presiden PERKASA mendakwa Ramasamy seorang pemimpin bermulut celupar dan tidak mengambil kira sensitiviti penganut Islam.


ibrahim-ali,p-ramsamy


PETALING JAYA: Datuk Ibrahim Ali tidak boleh memaafkan Timbalan Ketua Menteri, Pulau Pinang II, Prof P Ramasamy yang mengelar pendakwah dari India, Dr Zakir Naik sebagai ‘syaitan’.

Ini kerana, kata Presiden PERKASA itu. Ramasamy seorang pemimpin bermulut celupar kerana langsung tidak sensitif dengan penganut Islam sebelum menulis perkataan itu di status Facebooknya yang kemudian memadamnya selepas menerima bantahan.

“Dia (Ramasamy) boleh mohon maaf, tetapi sama ada orang terima atau tidak saya tidak tahu. Tetapi bagi saya, saya tak maaf atas penghinaan dia , kecaman dia kepada Dr Zakir Naik, dia boleh minta maaf sejuta kali tetapi sebagai rakyat Malaysia, saya tidak maafkan dia.

“Saya tengok Ramasamy seorang Timbalan Ketua Menteri yang mulut celupar, nampaknya dia nak menunjukkan dan menterjemahkan diri dia ini sebagai hero bagi masyarakat India.

“Dia nak menjadi lebih hero dari P.Uthayakumar (Hindraf), bila Uthayakumar cakap pasal isu berkaitan kepentingan orang Hindu, diapun nak tunjuk dia lebih hero daripada Uthayakumar, sebagai pejuang kaum Hindu dia tidak tahu bahawa percakapan dia ini merugikan kaum Hindu,” katanya ketika ditemui FMT semasa menghadiri forum hartanah ‘Melayu Bandar Terus Disisih semalam.

Dr Zakir mencuri tumpuan media baru-baru ini, selepas beberapa kumpulan menyuarakan rasa kurang senang terhadap isi kandungan ceramahnya dan menggesa kerajaan melarang beliau daripada memberi syarahan umum bagi mengelakkan perpecahan.

Syarahan umum Dr Zakir di Melaka menjadi kontroversi kerana topiknya yang didakwa menyinggung penganut Hindu. Kerajaan membenarkan syarahan itu diteruskan tetapi topik syarahan ditukar.

Mengulas dakwaan kononnya Ramasamy mempunyai hubungan dengan Kumpulan Militan Tamil Eelam (LLTE) seperti yang disebarkan di laman sosial, Ibrahim berkata, pihak berkuasa sepatutnya menyiasat tuduhan itu.

“Saya tidak tahu kebenaran dakwaan ini tetapi jika benar ia tuduhan serius kerana LTTE juga satu gerakan pengganas militan seperti ISIS dan Al Qaeda,” katanya.

Tiada ulasan: