| MALAYSIA DATELINE
Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional Shazni Munir Mohd Ithnin hari ini ditahan di Lapangan Terbang Sibu jam 7.57 pagi tadi.
Beliau turut tidak dibenarkan masuk ke negeri itu untuk bersama
mengadakan kempen bagi parti itu menghadapi Pilihanraya Negeri Sarawak
pada 7 Mei ini.
"Saya selamat sampai di Lapangan Terbang Sibu tepat jam 7.57 pagi.
Beratur panjang dan menunggu dengan penuh pengharapan bahawa keberadaan
saya di sini dirai atas semangat demokrasi bersempena Pilihanraya Negeri
Sarawak yang sedang berlangsung.
"Malangnya ketika melalui imigresen, pegawai imigresen yang bertugas
meminta untuk saya masuk ke Pejabat Imigresen Lapangan Terbang Sibu.
"Sambil berjalan masuk, pegawai yang membawa saya menjerit pada rakan
sepejabatnya, "Senarai 'A'!" Kemudian saya dipersilakan duduk di sebuah
bilik dan diminta untuk menunggu.
"Sekitar 20 minit, saya keluar ke ruang kubikel pejabat dan bertanya
samada saya dihalang masuk.
Pegawai berkenaan mengakui bahawa saya
termasuk dalam senarai "NTL" dan tidak dibenarkan masuk Sarawak."
ujarnya dalam satu kenyataan.
Beliau mengatakan sedang sedang menunggu penerbangan balik ke Kuala Lumpur pada jam 10.30 pagi ini.
Shazni Munir berkata, beliaau tidak pasti atas justifikasi apa
kerajaan negeri Sarawak pimpinan Adnan Satem menghalangnya memasuki
Sarawak.
"Sebelum ini saya tiada masalah untuk masuk ke Bintulu dan telah pun menggerakkan jentera pilihanraya Pemuda Amanah di sana.
"Jika faktor 'pembangkang' yang menjadi pertimbangan beliau, jelas
Adnan Satem gagal memahami makna demokrasi yang beliau kini kenderai
untuk memegang kuasa sebagai Ketua Menteri Sarawak.
"Untuk rakyat Sarawak, PRN ini merupakan medan paling penting untuk
kita menghantar signal penolakan terhadap kepimpinan Perdana Menteri.
"Kita sudah tidak mampu mengekalkan beliau sebagai pemimpin. Jika
anda mengundi disebabkan sentimen Adnan Satem (lebih baik daripada Taib
Mahmud), ketahuilah bahawa anda sedang mengukuhkan kedudukan Najib
sebagai Perdana Menteri.
"Sejujurnya, anda - rakyat Sarawak - berhak mendapat Ketua Menteri
yang lebih baik daripada Adnan Satem dan Taib Mahmud. Kita - rakyat
Malaysia - berhak juga memperoleh Perdana Menteri yang lebih jujur dan
telus berbanding Najib Razak," ujarnya.
Sebagai rekod Setakat ini lebih 30 ahli parlimen pembangkang, aktivis
dan ahli akademik termasuk seorang pemimpin Umno dihalang memasuki
Sarawak.
Ia termasuk Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, Setiausaha Agung
PKR Rafizi Ramli dan Presiden Amanah Mohamad Sabu, Pengarah Komunikasi
Amanah Khalid Samad, Editor Sarawak Report Clare-Rewcastle Brown juga
disenarai hitam.
Selain Exco kerajaan negeri Pulau Pinang Dr Afif Bahardin dan Ketua
Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunos dihalang masuk ke
Sarawak.
Adenan berkata larangan tersebut bagi menjaga keharmonian negeri itu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh PRN Sarawak ke-11
pada 7 Mei depan manakala hari penamaan calon pula sedang berlangsung
hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan