Selasa, 5 April 2016

Ahmad Said seakan ada kuasa besar, mahu pecat Ahmad Razif

DALIA ISMAIL


Wan Abdul Hakim Wan MokhtarWan Abdul Hakim Wan Mokhtar
Ketua Penerangan Umno Terengganu Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar mempersoalkan kedudukan Ahli Dewan Undangan Negeri(Adun) Kijal Datuk Ahmad Said yang seakan mempunyai kuasa besar dalam parti mengatasi kuasa Presiden Umno dan Perdana Menteri untuk mengarahkan agar memecat Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan media beliau dipetik berkata, tindakan Ahmad Said yang mengatakan Datuk Razif Abdul Rahman umpama telur di hujung tanduk adalah tidak berasas sama sekali.

"Perdana Menteri diminta supaya memecat Menteri Besar Terengganu sekarang dan sekiranya gagal, Yb Kijal pula akan menjalankan gerakan untk membubar dewan undangan negeri melalui Istana Terengganu.

"Umno Terengganu di dalam penyatuan yang mantap sebagaimana yang dizahirkan oleh akar umbi terdiri dari lebih 4000 ketua-ketua cawangan serta ketua-ketua sayap dari seluruh negeri yang berhimpun pada Sabtu lalu di stadium tertutup Gong Badak. Semua telah melafazkan ikrar taat setia pada parti dan pemimpin.

"Adakah Yb Kijal mempunyai kuasa dalam parti atau kerajaan yang mengatasi kuasa Presiden dan Perdana Menteri untk mengarahkan Menteri besar diturunkan?

"Di antara alasan-alasan yang diberi di sidang dewan baru-baru ini untuk mencadangkan undi tidak percaya pada MB, adakah ia melibatkan kesusahan rakyat yang amat ketara seperti kebuluran, kemiskinan yang melampau, masjid di tutup, ketiadaan air bersih, hospital serta sekolah yang ditutup?

" Atau alasan hanya melibatkan hal peribadi beliau seperti memadamkan 'legasi', nama atau gambar di dalam laporan tahunan jabatan?

"Saya cukup berbangga dengan semangat solidariti yang ditunjukkan oleh semua pemimpin akar umbi.Alangkah elok jika Yb Kijal bersama-sama dengan kita dalam mengukuhkan barisan kita." ujarnya.

Wan Abdul Hakim yang juga Adun Air Putih berkata, sebagai ahli politik yang masak dalam soal sepak terajang politik, adakah perlu Ahmad menyatakan 'demand' serta kenyataan berbaur ugutan kepada kepimpinan Umno sekiranya Ahmad benar-benar mempunyai jumlah Adun yang cukup untk menjatuhkan kerajaan.

"Atau ini hanya salinan skrip Anwar Ibrahim yang mengatakan beliau ada 30 orang ahli parlimen BN yg akan berpaling tadah untk menjayakan pembangkang ke Putrajaya pada September 2008 atau ini hanyalah manifestasi sindrom 'kurang perhatian'? soalnyadalam kenyataan dipetik itu.

Tiada ulasan: