SHAH ALAM: MCA dilapor berkemungkinan menghadapi krisis kepimpinan
baru berikutan cubaan sesetengah pihak untuk menjatuhkan presidennya
Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Sekumpulan ahli parti dilaporkan cuba mendapatkan sokongan untuk
memanggil mesyuarat agung tergempar (EGM) bagi meluluskan usul tidak
percaya terhadap Liow, lapor akhbar Malay Mail.
Perlembagaan MCA menetapkan EGM itu boleh diadakan jika usul berkenaan
mempunyai sokongan sepertiga daripada 2,400 perwakilan parti.
Menurut laporan itu, angka sokongan itu boleh dicapai berasaskan
jumlah perwakilan yang tidak menyokong Liow pada pemilihan parti
Disember 2013.
Jika EGM itu menjadi kenyataan, ia akan mengheret MCA kembali ke zaman
krisis yang menyaksikan parti itu hanya mampu memenangi tujuh kerusi
Parlimen dan 11 kerusi DUN pada pilihan raya umum ke 13.
Kumpulan anti-Liow dilaporkan mahu EGM itu diadakan awal bulan depan.
Liow di pilih presiden dengan majoriti 186 undi untuk mengalahkan Gan
Peng Sieu dan Datuk Seri Ong Tee Keat pada pemilihan parti sebelum ini.
Bekas presiden MCA Dr Chua Soi Lek tidak menyertai pemilhan itu namun
beliau di katakan masih mempunyai pengaruh kuat di dalam parti itu.
Anak Chua, Datuk Chua Tee Yong adalah Naib Presiden MCA dan Timbalan Menteri Kewangan
Pada tahun 2009, Tee Yong dan penyokong beliau berjaya memaksa MCA
mengadakan EGM untuk meluluskan undi tidak percaya terhadap Tee Keat
yang presiden MCA ketika itu.
Sebuah krisis kepimpinan akan meninggalkan kesan mendalam ke atas MCA,
sekali gus menjejaskan harapan parti itu untuk bangkit daripada
kekalahan teruk yang di alami pada PRU 13.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan