shahbudindotcom
Tidak
ada perkara yang lebih memalukan yang boleh dianggap sebagai "hadiah"
hujung tahun kepada negara apabila Malaysia diumumkan di tempat ketiga
dalam kategori "skandal rasuah paling teruk" di dunia bagi 2015.
Barangkali
inilah pertama kami Malaysia berada di kedudukan "terbaik" itu dan
sekaligus menjadikan tahun 2015 meninggalkan memori paling hitam bagi
kita semua.
Ini
juga membuatkan kedatangan tahun 2016 sebagai penuh cabaran sama ada
kita mampu memulihkannya atau menjadikan tahun-tahun mendatang lebih
teruk lagi keadaannya.
Dalam
penilaian yang dilakukan oleh foreignpolicy.com - sebuah bahagian di
bawah Washington Post Company, Malaysia dinilai berada di tempat ketiga
di belakang FIFA, persatuan bolasepak dunia yang banyak terpalit dengan
rasuah dan sebuah negara di benua Afrika iaitu Nigeria.
Seterusnya
Honduras dan Guatemala berada di kedudukan keempat manakala hakim-hakim
di Ghana dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau PBB berada di
kedudukan kelima dan keenam.
Menurut
laporan itu, Presiden AS Barack Obama berada dalam kedudukan amat
janggal apabila melawat Malaysia baru-baru ini berikutan laporan yang
mengaitkan Najib dengan kemasukan wang berjumlah RM2,600 juta ke dalam
akaun peribadinya.
Dengan
itu, bolehlah difahami bahawa meskipun wang tersebut ditakrifkan
sebagai derma oleh SPRM, tetapi masyarakat antarabangsa tetap sukar
menerimanya.
Mereka
lebih cenderung melihatnya sebagai satu bentuk rasuah yang akhirnya
menyumbang kepada "markah yang lumayan" sehingga Malaysia berjaya
memperolehi tempat ketiga sebagai negara yang mempunyai "skandal rasuah
paling teruk" di dunia.
Dalam
persidangan anti rasuah antabangsa atau IACC di Kuala Lumpur, September
lalu yang enggan dihadiri oleh Najib kerana takut berdepan dengan
pertanyaan antarabangsa mengenai wang tersebut, beberapa wakil yang
hadir secara terbuka mengatakan duit sebanyak RM2,600 juta itu mempunyai
semua ciri-ciri yang boleh dikaitkan dengan rasuah.
Dengan
kejayaan meraih tempat ketiga itu, ia bukan saja suatu sejarah kerana
negara tidak pernah mendapat "tempat sebaik" itu sebelum ini atau dalam
mana-mana kepimpinan terdahulu, malah barangkali menjadikan Malaysia
negara Islam pertama disenaraikan sebagai antara "pemenang teratas"
yang mengaibkan itu.
Mujurlah foreignpolicy.com tidak
membuat penilaian berdasarkan kategori individu, sekiranya ada,
siapakah agaknya antara pemenangnya?
1 comment:
tahniah kepada para pendokong pimpinan pemerintah malaysia.negara islam sunnah waljamaah.telah berjaya menaikkan martabat sebagai negara islam ke 3 skandal rasuah terhebat alaf ini.
bangganya..
Post a Comment