NORAIZURA AHMAD
Pegawai Khas Peguam
Negara, Mabel Sheela (dua kanan) menerima memorandum daripada aktivis
yang diwakili Pengarah Eksekutif Suaram, Sevan Doraisamy. - Foto
TRP/Noraizura Ahmad
PUTRAJAYA, Usaha untuk mendesak kerajaan bagi
menghapuskan Akta Hasutan 1948 tidak pernah putus selepas kira-kira 50
aktivis hadir bagi menyerahkan memorandum kepada Peguam Negara, Tan Sri
Mohamad Apandi Ali.
Namun, kehadiran mereka hanya disambut
Pegawai Khas Peguam Negara, Mabel Sheela di lobi Pejabat Peguam Negara
di Putrajaya, di sini.
Kekecohan kecil berlaku apabila pengawal
keselamatan enggan membenarkan aktivis tersebut naik bagi membincangkan
perjumpaan mereka dengan Peguam Negara.
Presiden Persatuan Kebangsaan Hak Asasi
Manusia Malaysia, Datuk Ambiga Sreenevasam berkata, pihaknya akan
menghantar surat bagi mengadakan pertemuan dengan Peguam Negara mengenai
penyalahgunaan Akta Hasutan ini.
Menurutnya, surat tersebut akan dihantar
dalam tempoh sehari atau dua dan berharap pertemuan dapat dilalukan
sebelum Disember ini.
“Kami
melihat peningkatan kes membabitkan Akta Hasutan ini semakin meningkat
sejak beliau (Apandi) dilantik sebagai Peguam Negara dan ini
membimbangkan.
“Kami berharap mereka dapat memberi
maklum balas sebelum perbicaraan membabitkan pensyarah undang-undang
Azmi Shahrom pada awal Disember ini yang didakwa mengikut Akta Hasutan,”
katanya ketika ditemui media di luar pejabat Peguam Negara di sini.
Sebelum ini, kumpulan yang sama di bawah
nama Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH) kepada Kementerian Dalam Negeri
dan ini merupakan kali pertama memerondum berhubung desakan memansuh
Akta Hasutan di serahkan kepada Peguam Negara.
Ambiga menegaskan, pihaknya tidak akan berputus asa untuk terus mendesak akta tersebut dihapuskan.
Sementara itu, peguam, Latheefa Koya
berkata, sejak Julai 2015, dua Ahli Parlimen pembangkang dan lima
aktivis didakwa di bawah akta itu.
Katanya, sejak 2013, terdapat peningkatan
sebanyak 1,700 peratus dalam pertuduhan hasutan berbanding tempoh
antara 2007 dan 2012.
“Kami perhatikan pengunaan berterusan
akta ini boleh memberikan gambaran negatif terhadap negara di peringkat
global dan mengundang kritikan di antarabangsa.
“Yang menjadi zalim dalam Akta Hasutan
ini apabila niat tidak diperlukan iaitu apabila mengeluarkan kata-kata
tetapi niat sudah tidak relevan dalam akta ini,”katanya.
Beliau berkata, dalam memerondum tersebut
menuntut pejabat Peguam Negara mengakui bahawa Akta Hasutan adalah
kuno, bersifat tidak liberal dan tidak demokratik dan kekurangan unsur
niat dalam kesalahan ini serta melanggar prinsip asaa keadilan dan
kesaksamaan.
Selain itu, dalam memorandum tersebut
turut menuntut semua pertuduhan yang sedia ada dikaji semula dan
digugurkan dengan serta merta dan Moratorium atau pergantungan ke atas
mana-mana pertuduhan hasutan lanjut sementara menunggu kajian penuh Akta
Hasutan dan pemansuhannya.
No comments:
Post a Comment