shahbudindotcom
Setiausaha
Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, UMNO masih
mempertimbangkan sama ada mahu menjemput atau tidak bekas Perdana
Menteri, Tun Mahathir Mohamad menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU
2015) tahun ini.
Sambil
mengatakan perkara itu akan dibincangkan dalam masa terdekat, Tengku
Adnan juga mengatakan, "secara peribadi, saya rasa mungkin Tun Mahathir
tidak akan datang. Sejak kebelakangan ini beliau kerap menghentam parti.
"Apa-apa pun kita tunggulah...nak jemput atau tidak," katanya lagi.
Soalnya, kenapa perlu nak dibincangkan lagi? Bukankah sudah tradisinya bekas-bekas pemimpin dijemput hadir?
Tidakkah
Tun Mahathir bekas pemimpin kita yang banyak berjasa dan beliau berhak
diberikan jemputan sebagai penghormatan kepadanya?
Apa yang mahu ditunggu lagi dan kemudian pandai-pandai pula Tengku Adnan mengatakan Tun Mahathir mungkin tidak menghadirinya.
Sama
ada hadir atau tidak, biarlah keputusan itu dibuat oleh Tun Mahathir
dan bukan Tengku Adnan yang wajar membuat andaian awal mengenainya.
Tetapi
begini sajalah - jika UMNO ingin mencipta satu lagi sejarah,
sebagaimana sebelum ini telah mencipta sejarah baru dengan tidak
membenarkan Muhyiddin Yassin merasmikan perhimpunan sayap-sayap, adalah
lebih baik Tun Mahathir yang pernah menjadi Perdana Menteri dan Presiden
UMNO selama 22 tahun, tidak dijemput sama sekali untuk menghadiri PAU
2015 kali ini.
Tidak
cukup dengan itu, UMNO juga perlu mengeluarkan arahan rasmi agar Tun
Mahathir tidak dibenarkan langsung menjejakkan kakinya ke kawasan
sekitar Dewan Merdeka, PWTC sepanjang berlangsungnya perhimpunan itu
antara 8 hingga 12 Disember.
Bahkan, semua pihak yang pernah mengkritik dan menghentam Najib juga jangan dijemput dan dilarang sama menjejakkan ke PWTC.
Biarlah tahun ini mereka yang dalam kategori pembodek dan pengampu saja yang dijemput menghadirinya.
Baru PAU 2015 ini ada kelas!!
No comments:
Post a Comment