SM AMIN
Pengerusi Biro Penyelaras
Ahli Parlimen dan DUN, Datuk Johari Abdul berkata apabila sesuatu isu
yang dibahaskan melibatkan kepentingan rakyat, ianya perlu melepasi
sempadan kepartian. - Foto TRP/Wan Kah Hoong
KUALA LUMPUR, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng perlu mencontohi sistem pemisahan kuasa seperti mana yang diamalkan di Parlimen.
Pengerusi Biro Penyelaras Ahli Parlimen
dan DUN, Datuk Johari Abdul berkata apabila sesuatu isu yang dibahaskan
melibatkan kepentingan rakyat, ianya perlu melepasi sempadan kepartian.
“Kita harus ada perpisahan kuasa di
antara penggubal undang-undang dan legislative (perundangan) seperti
yang kita amalkan di Parlimen.
“Kita pun bercakap di Parlimen supaya
komponen parti dalam Barisan Nasional walaupun ada garis panduan dan
sebagainya, tapi ianya (isu rakyat) jelas dan kita bincang dan bukan
buat secara spontan, ia perlukan penegasan,” katanya dalam sidang media
di Parlimen di sini.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai
isu lima ADUN PKR Pulau Pinang yang mengambil pendirian berkecuali
ketika undi usul tambakan laut di Pulau Pinang yang dibawa oleh Adun
Umno dalam sidang DUN Pulau Pinang minggu lalu.
Turut hadir dalam sidang media tersebut lima ADUN PKR yang mengundi untuk berkecuali dalam usul itu.
Jelas Johari, beliau sudah mendengar
penjelasan daripada kelima-lima ADUN berkenaan dan berpuas hati dengan
penerangan yang diberikan.
“Mereka membawa isu ini adalah isu
penambakan yang baru di para B. Jadi kita ambil maklum bahawa usul yang
dibawa ini bukan isu yang partisan, isu yang dibawa itu adalah berkenaan
dengan alam sekitar dan ianya amat terlibat dengan kepentingan rakyat.
“Namun kita menghormati perbezaan
pendapat kerana ia merupakan demokrasi yang sihat malahan kita
berpendapat demokrasi yang sihat ini harus disemarakkan,” kata ahli
Parlimen Sungai Petani itu.
Susulan daripada itu, Johari meminta Lim supaya tidak lagi memanjangkan perkara itu.
“Kita harap selesai, begitulah. Saya
tidak jumpa dia (Lim Guan Eng) lagi. Dari sekarang belum jumpa lagi,
saya harap boleh jumpa dia sebentar lagi, saya harap selesai,” ujarnya.
No comments:
Post a Comment