BERNAMA
Anggota bomba berusaha
mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit dalam kereta terbalik ke dalam
longkang di tepi Jalan Seremban-Tampin, pagi tadi. - Foto Bernama
REMBAU, Seorang wanita yang mengandung lapan bulan bersama suaminya maut, selepas kereta dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta lain di KM14.7, Jalan Seremban-Tampin, dekat sini, pagi tadi.
Mangsa, Khairul Anwar Tajjuddin, 34, dan
isterinya, Murni Muhamat, 26, yang dijangka bersalin hujung bulan depan,
meninggal dunia di tempat kejadian, akibat cedera parah di kepala dan
badan.
Anak lelaki pasangan itu, Muhammad Khair Maizudin, 2, dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban, untuk rawatan.
Kemalangan pada jam 6 pagi itu membabitkan Proton Persona yang dinaiki keluarga itu dengan sebuah kereta Honda Civic.
Kedua-dua kereta terbabit dipercayai
bertembung, sebelum kereta mangsa terbalik di dalam longkang di tepi
jalan, menyebabkan pasangan itu tersepit di tempat duduk masing-masing.
Pegawai
operasi Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Mohd Kasim Hassan berkata,
pihaknya menerima panggilan pada jam 6.23 pagi dan sebuah jentera dengan
enam anggota digegaskan ke lokasi kejadian.
Katanya, kedua-dua mangsa tersepit di
tempat duduk masing-masing dan bomba mengambil masa hampir sejam untuk
mengeluarkan mangsa dan dihantar ke Hospital Tampin untuk bedah siasat.
Pemandu kereta Honda Civic yang turut cedera telah dibawa ke HTJ untuk rawatan lanjut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, DSP Ibrahim Sharif mengesahkan kejadian itu dan punca kemalangan masih dalam siasatan.
No comments:
Post a Comment